Sunday, January 16

TENANG - Normala Calon Pas

TENANG - PAS malam ni mengumumkan Ketua Muslimat PAS kawasan Labis, Normala Sudirman sebagai calon PRK DUN Tenang.

Pas terus pecahkan tradisi dengan kali ini meletakkan seorang calon wanita dalam pilihanraya kecil, sesuatu yang baru, yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Ramai yang melihat ini merupakan taktik Pas untuk cuba meraih undi simpati dari golongan wanita yang berjumlah tidak kurang dari 55% di Dun Tenang.

Pas tahu Johor adalah kubu kuat UMNO, sangat sukar untuk Pas menang dalam keadaan UMNO Johor memang kuat dan stabil. Namun apa salahnya meletakkan calon wanita yang boleh menggamit hati dan naluri pengundi lelaki pada masa yang sama boleh menambat pengundi wanita.

Pencalonan Normala juga menimbulkan pelbagai tanda tanya mengenai kedudukan calon favourite Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat dan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Johor. Mazlan merupakan pemimpin Pas Johor yang pusing keliling kampung menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat, namun diketepikan oleh parti sendiri.

Khabarnya Nik Aziz menolak Mazlan pada saat akhir kerana kecenderungan yang melampau Mazlan terhadap Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin Md Isa.

Normala merupakan bekas seorang guru yang meletakkan jawatan akhir tahun lalu untuk menumpukan sepenuh masa kepada politik Pas.

No comments: