Saturday, January 1

Hassan Ali Pas boikot Solat Hajat

Lapuran Malaysiakini -


Kerajaan Selangor kini menyerahkan kepada Ilahi untuk "mencari keadilan dan kebenaran" dalam kemelut yang timbul rentetan dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK) baru negeri itu.


Usaha itu dilakukan melalui satu majlis solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang di kediaman rasmi menteri besar di Shah Alam malam semalam setelah cubaan mengadakan perbincangan dengan Sultan Selangor sebelum ini menemui jalan buntu.


Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.


Sementara itu Khalid Ibrahim tidak berpuas hati dengan kehadiran yang sangat sedikit pada malam tadi. Beliau kecewa kerana tidak ada komitment dari beberapa EXCO dalam isu SUK ini. 


Beliau menganggap mereka yang tidak hadir sebagai "main wayang" kerana isu ini melibatkan Istana. " Ada yang nak main mata dan mian wayang dengan Istana nampaknya dalam isu ini " ujarnya.


Khabarnya Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Dr Hassan Ali telah mengarahkan semua pemimpin dan Ahli Pas Selangor memboikot majlis itu. Menurut sumber rapat, Dr Hassan makin jelek dengan sikap munafik pemimpin PKR yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan salah guna kuasa tetapi pada yang sama mahu minta tolong dengan Allah bila mengahadapi masalah. 


Antara yang tidak kelihatan malam tadi adalah semua EXCO Negeri dari PAS iaitu YB Dr Halimah dan Yb Iskandar dan semua wakil rakyat PAS. Yang cuma hadir adalah MP Shah Alam, Khalid Samad yang diketahui adalah seteru Hassan Ali dalam Pas Selangor.


Sumber juga menyebut bukti kerakusan pimpinan PKR ini adalah bila MB meluluskan peruntukan besar untuk sambutan tahun baru di I-City. Sambutan tahun ini khabarnya akan dihidangkan dengan hiburan tanpa had. Makanan dan minuman yang memabukkan juga dijangka dihidangkan.


Dua minggu lalu Dr Hassan Ali mengetuai delegasi Jakatankuasa Pas Negeri Selangor yang membuat kunjungan hormat kepada Tuanku Sultan Selangor.

No comments: