Bercakap dalam majlis ringkas itu, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata solat hajat berkenaan bertujuan untuk mengembalikan kuasa pemilihan SUK kepada kerajaan negeri.
"Kita mahu kuasa diberikan kepada kerajaan negeri (dan kita juga mahu) perubahan supaya Selangor telus dalam usaha mentadbir rakyat di negeri ini," katanya ketika berucap di hadapan hadirin dalam majlis berkenaan.
Tambahnya, kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk memastikan pemilihan pegawai SUK itu akan dapat bersama-sama memperjuangkan hasrat pentadbiran negeri tersebut.
"Calon itu mesti mengikut tatacara dan enakmen kerajaan negeri dan saya telah meminta pegawai kerajaan negeri memberi nama calon.
"Akhirnya saya telah menerima lapan nama yang layak untuk proses pemilihan jawatan itu," katanya.
Lapuran Malaysiakini -
Nampak benar lah Khalid tidak tahu membedakan antara tatacara, enakmen dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Dia juga tidak tahu prosedur untuk melantik SUK, itu sebab dia main langgar saja.
Punca nya sangat mudah sebab Khalid telah memusuhi ramai penjawat awam termasuk Penasihat Undang-undang Negeri. Untuk rekod sebelum ini Khalid mengancam hendak melucutkan jawatan Penasihat Undang-Undang negeri dan di ganti dengan seorang peguam peribadinya.
Kalau begitu lah cara nya perlantikan SUK Selangor maka semua Pengerusi JKKK juga layak untuk jadi SUK. Jom semua pengerusi JKKK kita pakat-pakat mohon jawatan nak jadi SUK.
1 comment:
Kroni dan kroni itulah Pakatan Syaitan. Dulu menjerit-jerit utk check and balance. Wahai BN, pilihlah dan angkatlah penyokong-penyokong kamu pula didalam apa juga jawatan atau pun mendapat kekayaan negara. Aku nak tengok pulak apa anjing-anjing DAP dan DAP akan buat.DSN ambiklah pengarah-pengarah GLC, ketua-ketua jabatan negeri atau persekutuan yg dibawah kuasa BN dikalangan ahli, penyokong dan simpati kepada kerajaan, tak kisah dia cina ke india ke atau melayu, yang penting mereka totok kepada BN.Ambik pelajaran dari negeri-negeri dibawah takluk anjing-anjing DAP dan DAP.
Post a Comment