Sunday, January 2

Isu SUK - Nizar beri amaran kepada Khalid, Jangan Keras Kepala !


Isu SUK: Nizar ramal Pakatan mungkin hilang sokongan Melayu

Nizar yang kehilangan jawatan menteri besar Perak dua tahun lalu berkata, Umno akan mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati peranan Sultan ekoran pendirian enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai perkhidmatan awam negeri, yang dilaporkan telah mendapat perkenan istana.
“Sebab itu, mereka terus-menerus mengatakan Sultan sudah memberi perkenan kepada pelantikan,” katanya.
Nizar kehilangan jawatan menteri besar awal 2009 selepas Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.
Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, di sebalik usaha sepatutnya untuk memperkukuhkan sokongn tradisi Pakatan Rakyat, kehadiran Khusrin akan menjejaskan lagi usaha-usaha pentadbiran kerajaan negeri.
“Ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Khalid,” katanya

Warisan nak ucap terima kasih kepada NIzar yang berikan amaran kepada MB Selangor tahap benggap ini yang sangat keras kepala. Khalid lupa dia jadi ini tak sampai setengah penggal, itu pun dia nak lawan sultan.
Nizar belajar dari peristiwa dia sembah derhaka di Perak, yang mengakibatkan dihambun keluar dari takhta kerajaan negeri perak.
Namun dalam keadaan mabuk kuasa seperti Khalid sekarang, siapakah yang sebenarnya dia mendengar nasihat? Adakah dari sahabat dia PAS atau kuncu nya DAP? Sidang pembaca sudah boleh agak !
Bagi Nizar usaha berterusan Khalid nak naikkan saudaranya Datuk Ariff sebagai SUK Selangor sebenarnya memendek usia pakatan di Selangor.
.

2 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Tak aku percaya dengan si penderhaka nizar tu! Dua, tiga hari lepas dia cakap lain..

agbr47: Kedua-duanya derhaka.

Anonymous said...

Hahahaha...Pak Pandir( Nizar ) bagi nasihat pada Pak Kaduk(Khalid). Akhirnya jadi ler Luncai terjun ngan Labu2nya...biarkan...biarkan....biarkan