Monday, January 3

Nah Shuhaimi


Lapuran Polis

Tarikh 3 Januari 2011, Nama Hamidzun Khairuddin, Jawatan NGO Pengerusi, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
 
Saya ingin membuat lapuran terhadap Shuhaimi Bin Haji Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda yang telah membuat kenyataan dilaman blog nya http://srimuda.blogspot.com/2010/12/pandangan-saya-berasaskan-undang-undang.html –

“Begitu juga dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang lain. Mengikut amalan dan konvensyen, ianya akan dirujuk dan dibincangkan antara Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan. Tetapi, apabila Negeri Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat, amalan dan konvensyen ini tidak dibuat. Saya yakin dan percaya rakyat Selangor mahu YAB Dato’ Menteri Besarnya dihormati oleh semua pihak termasuk pihak istana. Rakyat akan menolak sebarang tindakan “beraja di mata, bersultan di hati” oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.

Janganlah kerana hendak menegakkan benang yang basah, institusi negeri yang dihormati rakyat dijadikan perkakas oleh mana-mana pihak berkepentingan. Saya meneliti juga kenyataan Setiausaha Sulit tersebut yang menyatakan baginda DYMM Sultan Selangor seorang sultan yang tegas dan tidak berganjak dari keputusan yang telah dibuat. Bagaimana sekiranya keputusan yang dibuat atau cara keputusan itu dibuat adalah salah? Adakah baginda masih tidak akan berganjak? Harapan saya supaya ketegasan tidak dikelirukan dengan ego. 

Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.

Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010 “

Kenyataan ADUN ini adalah amat biadap dan kurang ajar. Kenyataan ini berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada Institusi Raja di Negeri Selangor. Saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap Institusi Raja-raja Melayu, khususnya DYMM Sultan Selangor.

Balai Sek 6, Shah Alam, Selangor, No report Sek 11/000081/11


No comments: