Kenyataan Akhbar GAPS
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari membuat lapuran polis terhadap perderhaka Shuhaimi Bin Haji Shafiei, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda yang telah membuat kenyataan amat biadap dan kurang ajar. Kenyataan ini berunsur fitnah, menghina, menggertak, mengugut dan derhaka kepada Institusi Raja di Negeri Selangor. Saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap Institusi Raja-raja Melayu, khususnya DYMM Sultan Selangor.
GAPS mengesa pasukan keselamatan bertindak tegas terhadap perderhaka ini sebelum ia menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Merawat itu lebih baik dari mengubat. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan telah memberikan pengiktirafan dan peranan besar kepada Institusi Raja-raja Melayu dalam pemerintahan di negara ini, ianya harus dipertahankan.
GAPS mencadangkan pertuduhan dibawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dikenakan terhadap perderhaka seperti ini kerana perbuatan mengugut Tuanku Sultan Selangor tersebut adalah “perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu” yang jika sabit kesalahan hendaklah mereka itu dihukum bunuh sampai mati.
Atau sebagai alternatif hendaklah penderhaka ini dikenakan pertuduhan dibawah Seksyen 121 (1B) kerana “merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan Raja pemerintah sebuah negeri” yang jika sabit kesalahan hendaklah dihukum penjara sepanjang hayat, iaitu sampai mati didalam penjara.
Ini bukan perbuatan yang boleh dibiarkan, apatah lagi bertolak ansur dengannya kerana amatlah biadap lagi kurang ajar bagi mana-mana rakyat khususnya melakukan perbuatan derhaka saperti itu.
Sekian. Terima Kasih.
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
019 – 2233405
3 Jan 2011
No comments:
Post a Comment