Saturday, January 15

Rakyat Selangor Tak puas hati

Warisan sebagai rakyat DYMM Sultan Selangor amat tidak berpuas hati dengan perkembangan kes penderhakaan ini. Sudah lebih dua minggu, penderhaka itu masih lepas bebas bagai burung terbang !

Adakah penderhakaan kepada Institusi Raja itu isu remeh? Adakah kerana tiada bukti? Adakah kerana kita tidak cukup undang-undang? Adakah kerana dasar? Adakah kerana pentadbiran? Adakah kerana kerajaan persekutuan juga banyak main politiking?


Sebenarnya apa yang tidak kena ini? Rakyat mahukan tindakan tegas dan segera.

Kes Shuhaimi : Polis bincang dengan Peguam Negara

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis sedang berbincang dengan Peguam Negara (AG) bagi melengkapkan siasatan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berhubung tulisan dalam blognya yang dilihat menghina dan menghasut orang ramai menentang institusi raja baru-baru ini. baca seterusnya disini.

Warisan tidak rela DYMM Sultan Selangor diperlakukan sedemikian rupa !  Tahap kesabaran rakyat Selangor semakin nipis !

No comments: