Akhbar harian Cina, Sin Chew melaporkan Badrul Hisham dikatakan gagal menghadirkan dirinya ke sidang DUN sejak enam bulan lalu dan menimbulkan kemungkinan pilihan raya kecil diadakan.
ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.
Dalam perkembangan berkaitan, pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, memberitahu, wakil rakyat itu gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.
Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.
Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya.
"YB hubungi saya malam ini sambil (menyatakan rasa) terkejut dan beritahu apakah benar beliau tidak hadir selama enam bulan menerusi laporan Malaysiakini dan saya beritahu tidak benar sama sekali," katanya.
"Pertama pembukaan dewan rakyat dihadiri Sultan Selangor (hadir), kedua sesi persidangan soal jawab (hadir) dan ketiga persidangan bajet pada November tahun lalu, " katanya merujuk di Selangor ada tiga kali persidangan.
No comments:
Post a Comment