Monday, January 31

Tenang - pakatan hanya boleh bertahan di kawasan 80% pengundi cina

Ada 4 kawasan PDM majoriti cina di Tenang

Bandar Labis Timor (63.4% Chinese)
Labis (58.3% Chinese)
Tenang Station (54% Chinese)
Bandar Labis Tengah(95.7% Chinese)
Dalam PRU 12 - BN hanya menang di Tenang Station. Pas pulak menang di Bandar labis Timur, Labis dan bandar Labis Tengah

Dalam PRK ini Pas hanya menang di bandar labis Tengah. Manakala BN sapu 3 kawasan cina yang lain.

Di Bandar Labis Tengah, menarik perhatian kita - 95.7% cina. Pas 851 undi  (70%), BN's 365 (30%).

Yang jelas kita boleh simpulkan adalah pakatan sangat kuat di kawasan yang majoriti besar nya (70% dan keatas) adalah pengundi cina.

BN boleh berpuashati 30 % pengundi cina kini telah kembali ke menyokong BN berbanding 10% dalam Pru yang lalu.

Kalau ikut teori matematik Tenang, pakatan akan selesa hanya di kawasan 80% pengundi cina. Secara lebih makro nya, akhirnya DAP berjaya mengkuda PKR dan PAS. Tentunya dalam PRU akan datang kawasan majoriti cina lebih dari 80% ini akan direbut oleh DAP. 

Manakala kawasan yang majoriti cina kurang dari 80% akan dimenangi oleh BN bergantung kepada faktor "winable candidates". Fenomena ini boleh menjadikan PKR dan Pas gigit jari dalam PRU akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

tp perlu di ingat pemimpin BN jgn pulak hanya sedikit org cina yang menyokong nanti lepas berkuasa tak nampak melayu...jgn cepat sgt melayu seperti bunga bila nampak duit.........cina tetap cina..kalau melayu tak tolong melayu sapa lagi.....

Ms Pearl said...

secara 'tak sengaja' pula - cina tak sedar either way they voted for the MALAY jugak :D