Monday, January 31

Tenang - Pas hilang 30 % sokongan rakyat

Di Dun Tenang dalam Pru 12 yang lalu Pas dapat 3875 undi, Prk ini pas dapat 2992 iaitu kekurangan 883 undi atau  30%.

Kenapakah Pas mula kehilangan undi ? Apa isu nya ? Apa kes nya sehingga mereka kehilangan sokongan rakyat jelata yang begitu banyak ?

Kehilangan 30% sokongan rakyat adalah besar implikasinya untuk Pas dalam pru yang akan datang. Kalau ini menjadi kenyataan, sebenarnya Pas harus mengakui ia kehilangan kepercayaan orang melayu.

Nampaknya pengundi Melayu lebih selesa bersama Umno yang terus mempertahan semangat dan survival Melayu.

Kalau ini berterusan maka ustaz azizan akan kehilangan jawatan MB, begitu juga Dr Hassan Ali akan kehilangan kerusi Exco nya. Pendekatan playsafe Pas contohnya dalam isu SUK Selangor sebenarnya telah memakan dirinya sendiri.

Mengingat pesanan pepatah lama - politik Pas akan jadi yang di kejar tak dapat dan yang di kendong keciciran.  Semua nya berpunca kepada politik boneka, Pas menjadi boneka kepada anwar dan Dap.

2 comments:

Anonymous said...

PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu Islam kerana dasarnya yang sesat.

Anonymous said...

sebenarnya tak hilang cuma sbb banjir, hantu dah hilang