Tuesday, January 4

Umno masuk jerat Khalid ?

Khalid akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Datuk Khusrin terkeluar dari kerusi SUK. Ini termasuk meminda Perlembagaan Negeri Selangor.

Desperado sangat Khalid. Kenapa yer ? Dia tahu dia tidak akan dapat 2/3 dalam DUN Selangor. Pakatan ada 35 kerusi BN ada 21 kerusi, sedangkan untuk pinda perlembagaan negeri perlu 38 sokongan.

Dari mana Khalid akan dapat baki 3 kerusi ? Tentu dari Umno! Argumen Khalid adalah pindaan itu perlu untuk beri lebih kuasa kepada Sultan. Iaitu Sultan berkuasa untuk lantik SUK. Tetapi dengan syarat Sultan mengikut nasihat MB.

Umno akan jadi serba salah dengan argumen Khalid ? Khalid akan sebut, tengok kita nak bagi kuasa kat Sultan pun Umno tak mahu sokong. Khalid akan jaja perkara ini keliling kampung sebagai modal politik.

Khalid akan terus kelirukan rakyat dalam isu SUK ini. Politik-politik-politik. Khalid akan mempolitik semuanya dalam pentadbiran regim nya di Selangor.

Berjaya kah Khalid dengan teori perbodohkan minda rakyat ?

2 comments:

Anonymous said...

sultan dah ada kuasa kuat ke atas MB, so pasal lantikan SUK ni tak perlu UMNO nak melatah utk berikan tanggungjawab pd Sultan... itu bidang tugas penjawat awam..

SUK pun takde kuasa nak tentukan corak pentadbiran kerajaan negeri.. apa yg kaled takut sangat? lainlah ada perkara yg cuba disembunyikan.

Unknown said...

Salam Perjuangan..Harap Dapat dilink Blog KL BOYZ disini.. Terima Kasih
http://klboyzwangsa.blogspot.com