“Azmin pernah berkata demikian kepada arwah ayah jika cita-citanya tercapai untuk menjadi orang nombor dua dalam negara ini selepas Anwar.
“Malah, dia juga ada bercakap mengenai cadangan menolak Ketuanan Melayu sebagaimana yang dicanang sebelum ini. Adakah pemimpin seperti ini yang kita mahu?” katanya.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia Azmin untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.
Demikian tegas Ummi Hafilda, 42, pada ceramah Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), malam semalam apabila melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu yang juga Timbalan Presiden PKR.
ihsan - sinarharian
2 comments:
warisan,
Azmin dan anwar akan guna apa juga isu yang mudah boleh tarik perhatian orang miskin dan golongan muda-menghasut melalui raja raja melayu dan golongan berada -dengan cerminkan Raja Raja sebagai penindas, buang duit rakyat dan tamak.Ini mereka buat dengan senang aja sedangkan mereka sendiri pun dah lama tamak, mencuri dan himpun beratus juta duit rakyat . Tapi mereka ni berselindung dan pura pura susah.
Raja Raja Melayu dan orang kaya Melayu yang lahir kaya dan anak raja duduk atas tahta kerana keturunan - juga kena sedar diri juga.
Anak anak raja sekarang ini lebih kepada menunjuk nunjuk kekayaan mereka, hidup mewah , liar dan berseronok .Bawa kereta mewah, perempuan dan tidak ada budaya. Kalau tengok pun kebanyakan mereka tak berhak ambil alih tampuk kuasa Raja melayu dan islam. Apa yang mereka buat untuk orang melayu, untuk komuniti dan rakyat amnya? Mereka hanya tau berseronok , ambil kontrak dalam bisnes dnegan pengaruh mereka. Sama seperti isteri isteri beberapa menteri dan kroni.Pakatan pembakang pun sama kayakan kroni dan keluarga.
Hanya beberapa kerat saja anak raja dan projek istana yang berusaha membantu ngo dan komuniti mereka dan dengan ini menyejukan hati rakyat. Yang lain hidup hanya untuk menunjuk nunjuk dan berseronok.
Anak melayu kaya pun boleh tak sedar diri dan tidak sedar bapa mereka kaya kerana mereka melayu dan kerana DEB, termasuk ada kenalan dengan orang atasan.
Ingat dalam hal ini contoh buruk yang di lihat oleh golongan muda ini digunakan oleh orang politik untuk hasut rakyat benci raja raja.
Kalau mahu institusi raja raja di hormati berterusan ,cukup cukup lah menunjuk nunjuk kemewahan, berfoya dan lupa siapa mereka.
Warisan tolong ingatkan - Dekati dan Kenal secara jujur kesusahan rakyat biasa dan bukan hanya untuk menunjuk. Supaya orang melayu dan rakyat tidak malu untuk terus meletakan insitusi raja di tempat yang unggul dan istimewa dijiwa kita. Kuasa yang adil dan berjiwa rakyat akan terus menerima sembah-setia rakyat semua bangsa.
Ingatkan Raja Raja, isu tidak setia dan kritikan atas raja akan ditimbulkan oleh bangsa melayu sendiri dan bukan bangsa lain.
Melayu yang akan ganggu gugat institusi raja raja , bila ini berlaku bukan melayu akan ambil kesempatan. Tak boleh nak salahkan ahli politik bangsa lain , kerana ini peluang politik bila melayu caci raja sendiri hanya kerana berebut kuasa politik. Bila mereka ini berkuasa pula , mereka akan sama tamak juga dan lupa diri.Apa yang berlaku diselangor itu bukti kepada rakyat.
Haram mengumpul kekayaan untuk generasi keluarga hidup senang lenang untuk berpuluh tahun sedangkan rakyat biasa untuk hidup hari hari pun bercakaran dengan poket kosong.Melayu yang kaya kerana UMNO dan DEB semua tamak dan lupa diri sehingga merosakkan imej umno hari ini hingga susah nak di ubat. Bersihkan persepsi negatif ini yang mudah di serang oleh golongan muda.
Di selangor sekarang rakyat sedang marah dan kecewa dengan kerajaan PR dan PKR, DAP dan PAS.Rakyat sudah pun marah dan telah pun kecewa dengan UMNO dan BN.Mana lagi mereka nak pergi. Mereka perlu bergantung kepada Raja mereka. Dan untuk itu raja kena jujur dan melindungi mereka.
lawa lagi kak fidah ni.
Post a Comment