Thursday, February 3

Penderhaka berjaya di berkas polis

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini, ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan berikutan tulisannya di laman blog; srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu.

Wakil rakyat PKR itu ditahan kira-kira pukul 11.15 pagi sebaik tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin.

Sipenderhaka itu perlu hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini untuk didakwa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengesahkan penahanan dan pembebasan Shuhaimi.

1 comment:

Unknown said...

Salam, salam perjuangan dan salam 1 Malaysia. Tahan, lepas tu lepas, ni apa cerita. Mcm filem Hindustan pulak. Sambil itu, mohon izin utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com