Sunday, May 11

Karpal = Ronnie Liu

Dua orang tokoh DAP menarik perhatian saya, iaitu Karpal Singh. Dia seorang peguam ternama yang sangat disegani. Namun kelantangan nya mengkritik DYMM Sultan Perak, saya rasa dia sangat biadap dan sudah melebihi batas. Dia mengkritik atas alasan " public interest". Apa pun orang Melayu bangun menentang nya dengan alasan "public interest" yang lebih besar.

Ronnie Liu adalah tokoh kedua DAP yang tak habis-habis buat kacau atas juga alasan "public interest". Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan "public interest" walaupun terpaksa melanggar undang-undang. Drama lebuhraya Grand Saga adalah bukti bagaimana Ronie terus menyondol-nyondol. Apa pun FRU yang hadir meleraikan tunjuk perasan bertindak berdasarkan undang-undang untuk mengawal "public order" yang lebih besar yang perlu di pertahankan.

No comments: