Wednesday, May 7

Kedaulatan Melayu

PRU 12 membuktikankan kepada kita bahawa pengundi bukan melayu dihantui dengan pelbagai rasa syak dan wasangka terhadap KETUANAN MELAYU (Malay Dominance) . Perkataan 'tuan' itu sendiri hampir membunuh pengaruh BN dan UMNO. Kalau melayu jadi 'tuan' tentu bukan melayu dianggap sebagai 'hamba'. Dalam dunia moden yang memperjuang hak asasi dan kesaksamaan, tentunya istilah 'tuan' dan 'hamba' sudah menjadi semakin irrelevan. Jangan kita terhumban oleh perkataan-perkataan yang irrelevan yag sekadar menjadi punca merosotnya pengaruh politik kita.

Mungkin KEDAULATAN MELAYU (Malay Sovereinity) itu lebih enak didengar. Ia membawa konotasi undang-undang, konvensyen dan sejarah yang lebih berharga dan bernilai kepada umat melayu. Tak rugi pun kalau kita ubah kepada istilah yang lebih diplomasi. Ladenni lah bangsa lain sebaiknya seperti Tunku Abdul Rahman meladenni mereka sewaktu kita nak merdeka dulu. Kita pertahan warisan yang kita ada dan mereka dapat apa yang mereka hendak. Win-win situation lah.

No comments: