Thursday, June 26

TS Khalid wajar letak jawatan

Kerakusan TS Khalid Ibrahim sebagai orang menteri besar yang gila kuasa terserlah dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang dalam menjadi kepala pemerintah di Selangor. Yang terbaru adalah skandal kutipan derma perayaan 100 hari PR memerintah negeri selangor.

Sebagai menteri besar beliau telah menyalahgunakan kuasa apabila mengunakan pejabatnya untuk mengutip wang bagi membiayai program tersebut. Surat kutipan derma kerajaan negeri yang beliau tandatangani sebagai menteri besar beredar dikalangan berpuloh syarikat yang berhasrat untuk menderma kepada kerajaan negeri. Malangnya apabila derma telah diterima, wang tersebut telah di masukkan kedalam akaun PKR. Adalah ini bukan salah guna kuasa nama nya?

Teringat saya kes Datuk Harun yang pernah diputuskan oleh mahkamah dalam tahun 70 an. Dimana mahkamah mendapati beliau bersalah kerana menerima derma sumbangan untuk kerajaan negeri, tetapi wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun nya. Beliau telah meringkuk dalam penjara angkara perbuatan tersebut. Soalnya adalah kes ini akan berulang pada abad milinium ini? Jawapan, ya sudah tentu. Masa akan menentukan bila TS khalid akan dipanggil oleh polis dan BPR untuk disiasat atas salah guna kuasa ini.

Siapa lepas khalid? Yang sedang menunggu giliran untuk menjadi menteri besar adalah Azmin Ali, naib presiden PKR. Namun yang tengah asyik dan berangan adalah Hassan Ali, naib presiden pas merangkap EXCO kerajaan negeri selangor. Mungkin kedua-duanya tidak kesampaian.

DYMM Tuanku Sultan Selangor ada kuasa untuk membubarkan dewan undangan negeri apabila baginda tidak yakin lagi kepada PR untuk memimpin kerajaan negeri, berpunca dari krisis serius ini. Berlakulah pilihanraya DUN Selangor. Mungkin lepas itu kalau kita menang, kita akan berkuasa semula di Negeri Selangor. Bersedia lah. Jangan terlalu sibuk merebut jawatan di bahagian, sehingga melupakan yang lebih utama iaitu tanggungjawab kita kepada agama, bangsa dan tanah air.

1 comment:

Khairul Saimun said...

Salam,

Bagi saya, persediaan awal perlu dibuat bagi mengambil alih semula kerajaan negeri dari PR. Pengukuhan ini bermula dengan memperkuatkan UMNO, yang menjadi tonggak kepada kerajaan Barisan Nasional.

Untuk memperkukuhkan UMNO, sekarang inilah masanya. Musim pemilihan kali ini perlu untuk kita membuat reform yang sewajarnya kepada UMNO agar kredibilitinya kembali menyerlah dan mampu diyakini oleh rakyat dan orang Melayu untuk memimpin Negara ke era yang lebih gemilang. UMNO mesti kembali menjadi pejuang rakyat, bukan sahaja untuk Melayu. Bagi saya UMNO mesti kembali menjadi harapan dan pergantungan semua pihak untuk kembali memulihkan keadaan Negara hari ini.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, UMNO juga mesti berani ‘merehatkan’ pemimpin-pemimpinnya yang sudah terlalu lama menabur bakti. Mereka mungkin sudah mula kehilangan ilham untuk mencorak halatuju UMNO. Dan…inilah masanya pelapis UMNO mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Pelapis yang sedang punyai banyak perancangan dan strategi mesti mula diberi kepercayaan untuk kembali mencorakkan UMNO agar ia kembali kelihatan menyerlah dan mampu menarik perhatian ramai.

Kerana itulah saya sangat menyokong REFORM dalam UMNO.

Wassalam.