Thursday, June 26

Even little power has corrupt very quickly

"Power is corrupt, absolute power will corrupt absolutely. Even little power has corrupt very quickly." Inilah pepatah yang boleh diungkapkan dalam perayaan 100 hari PR memerintah Selangor. Tidak ada pencapaian hebat pr selama 100 hari, melainkan salah gunakan kuasa, politiking yang melampau dan membangkitkan perasaan perkauman yang kalangan rakyat berbilang bangsa di Selangor.

Ahli EXCO kerajaan negeri selangor bilangannya 10 orang. 5 melayu dan 5 bukan melayu. Yang melayu semuanya beragama Islam. Yang bukan melayu kesemua beragama Kristian. Adakah itu kebetulan? Atau sengaja di cipta bagi mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini? Atau adakah mereka mempunyai agenda yang lebih besar?

Projek utama Mega Bela Babi diselangor, adakah itu bukan menyemai perasaan marah orang melayu. Juga pembinaan gereja yang terbesar dinegara ini yang akan dibangunkan di Shah Alam. Apa itu namanya kalau bukan membangkitkan marah orang melayu. Shah Alam adalah bandaraya yang 80 peratus penduduknya adalah orang melayu. Tak masuk akal untuk bina gereja di kawasan yang penduduk nya adalah majoriti besarnya orang melayu.

Dua kes korupsi yang menjadi pesepsi rakyat dalam 100 hari PR memerintah Selangor. Yang pertama melibatkan pegawai khas menteri besar. Dia dikatakan menyalahgunakan kuasa dalam meluluskan beberapa projek memungut sampah kepada beberapa buah syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan nya.

Manakala yang lebih besar adalah melibatkan menteri besar sendiri. Kali ini skandal derma 100 hari yang diselewengkan dengan dimasukkan kedalam akaun partinya PKR. Tentu nya kita masih teringat dengan kes Datuk Harun dalam tahun 70 an. Sama lah tuh.

Mana pergi nya suara PAS dan DAP yang dulu tegas mahu menghapuskan rasuah dan penyalah gunaan kuasa. Betullah bila ada anak muda yang mula bersuara " kerajaan PR ini cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap". Moga lebih ramai lagi anak muda yang sedia kehadapan menjadikan UMNO sebagai alternatif kepada kejatuhan kerajaan PR di selangor yang kini membilang hari.

1 comment:

IZUAN HAMDAN said...

sumthing must do wit our youth exspecially mahasiswa xkira local or oversea..dgr cite oversea student lg strong nk fight UMNO..dey all hanyut ngn PR....dey all yakin hanye PR leh reform policy Malaysia yg stil follow penjajah kite iaitu British..dey all nmpk je senyap...tp diam2 depa berubi..if we not do sumthing wit depa i dont know wut happen to Malaysia in 10 years...trust me