Terbaru : Kertas siasatan sudah diserah kepada Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun. Anwar Ibrahim dijangka akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.
Difahamkan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Peguam Cara Negara, dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dijangka akan ditahan beberapa hari lagi.
Menurut sumber, Idrus akan mengetuai pasukan pendakwaan dan memutuskan Anwar akan didakwa. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak terlibat dalam kes ini kerana beliau sedang disiasat berikutan dakwaan memalsukan bukti kes Anwar dipukul ketika ditahan pada 1998.
Difahamkan satu mesyuarat peringkat tertinggi diadakan di Putrajaya malam tadi untuk mengemaskinikan siasatan kes liwat itu.
No comments:
Post a Comment