Anwar Ibrahim kini mahu menjadi hakim dalam kes liwatnya sendiri apabila dia meminta siasatan polis keatas kes liwatnya dihentikan segera dan kesnya dihantar ke pejabat peguam negara dan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Dia dipetik oleh akhbar NST sebagai berkata "Stop the investigation, forward the report to the Attorney-General's Chambers and re-classify the case as NFA," Anwar demanded.
Senjata terbaru Anwar adalah menggunakan lapuran pegawai perubatan pusat perubatan Pusrawi yang menyebut dalam lapuran nya bahawa Saiful Bukhari tidak pernah diliwat.
Lapuran perubatan ini sebenar sangat anih, pelik bin ajaib. Antaranya kerana :
1.Lapuran ini tidak mengikut standar format lapuran pesakit/kesihatan yang kita biasa perolehi apabila kita membuat pemeriksaan kesihatan.
2.Kesahihan lapuran perubatan ini amat dipertikaikan kerana setakat hari ini Pusrawi tidak mengesahkan nya.
3.Mendedahkan lapuran perubatan pesakit tanpa kebenaran pesakit adalah perbuatan yang menyalahi Akta Perubatan 1971.
4.Dr itu bukan seorang Dr yang kompetan. Dia hanya seorang pegawai perubatan, bukan pakar perubatan atau konsultan perubatan.
5.Dr ini berasal dari myanmar ( Kita nak tahu dia ni lulusan Universiti mana dan adakah dia berdaftar dengan MMA. Baru kita tahu sebenarnya banyak pusat perubatan kita bergantung kepada warga Myanmar sebagai Dr. )
6.Dr ini tidak membuat pemeriksaan lengkap keatas pesakit, kerana itu dia menyuruh Saiful membuat pemeriksaan selanjutnya di HKL.
7.Dia ada menyuruh Saiful untuk pergi ke HKL untuk membuat pemeriksaan lanjut adalah hakikat Dr dan Pusat Perubatan ini tidak kompetan untuk mengendalikan kes pesakit ini.
8.Tidak timbul soal polis hendak menggugurkan apa-apa dakwaan kerana Anwar belum di tuduh di Mahkamah.
9.Lapuran perubatan Pusrawi ini adalah salah satu bukti. Ada banyak lagi bukti yang perlu diambil kira oleh pihak polis.
10.Anwar cuba menanam pelbagai persepsi dalam kes liwatnya untuk mengelirukan rakyat.
11.Anwar ingin menjadikan media sebagai medium mahkamahnya.
12.Anwar main lagi sentiment rakyat untuk raih simpati.
13.Kita masih ingat kenapa agaknya Anwar enggan untuk memberikan sampel DNA kepada pihak polis.
Kenapa agaknya anwar terlalu mengelabah kali ini ya? Hanya Allah, Anwar dan Saiful yang tahu. Namun pepatah lama ada menyebut, kalau tiada angin masakan pokok boleh bergoyang.
No comments:
Post a Comment