Monday, July 28

UMNO dan PAS ; Kearah Penyatuan

UMNO rapat dengan Islam. Asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, seperti yang disebut dalam fasal 3.3 perlembagaan UMNO.

Matlamat penubuhan UMNO adalah sebagai wadah perjuangan Melayu Islam. Kalau Melayu kuat maka Islam tentunya akan juga kuat.

PAS adalah sebuah parti yang lahir dari UMNO. PAS lahir atas kecenderungan “ulama UMNO”. PAS lahir di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth.

Dari pengerusi pertamanya Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan pimpinan PAS bertukar tangan kepada tujoh orang pemimpin. Kini presiden Pas yang ke tujuh adalah Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Dari Pertubuhan Ulama Se-Malaya pertubuhan ini bertukar nama kepada Persatuan lslam Se-Malaya dan kemudianya dinamakan Partai Islam Semalaysia (PAS).

Fasal 2.2 Perlembagaan Pas menyebutkan, “Tujuan PAS adalah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini masyarakat dan pemerintahan Islam yang terlaksananya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju keredhaan ALLAH SWT”

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik telah mencadangkan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata, Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Sejarah mungkin berulang! Umno dan PAS akan bersatu di bawah satu bumbung sebagaimana ditahun 1970-an. Waktu itu orang melayu menghadapi krisis politik yang sangat genting setelah perikatan tewas di Kelantan, Penang, Perak dan Selangor dipilihan raya umum 1969.

Penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil demi survival Melayu dan Islam atau Islam dan Melayu. Mana-mana dulu yang kita sebut samada Melayu dulu atau Islam dulu bagi saya kedua-dua memberikan konotasi yang sama. Kalau Melayu kuat tentunya Islam kuat sebab orang melayu beragama Islam, kalau Islam kuat melayu tentunya juga kuat sebab Islam adalah untuk semua bangsa termasuk melayu.

Yang lebih penting, UMNO dan PAS perlu berbincang dengan hati yang ikhlas kerana penyatuan itu adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan Islam dan Ketuanan Melayu yang berada dihujung tanduk sekarang. UMNO terlepas dari gengaman manakala PAS tidak tergapai.

UMNO dan PAS perlu melihat penyatuan itu dalam konteks yang lebih besar berbanding sebelum ini, terutama dalam menghadapi realiti politik yang sangat mencabar sekarang. Yang tersenyum sekarang adalah musuh-musuh Melayu dan Islam.

UMNO dan PAS bagi saya mempunyai perjuangan yang sama, iaitu untuk Islam. Islam itu syumul sifatnya. Islam sesuai untuk semua kaum, untuk orang Melayu, Cina atau India. Islam adalah formula terbaik untuk bersatu demi kepentingan negara pada masa depan. Semua boleh bersatu di bawah Islam.

No comments: