Cerita Pemuda, Wanita, Puteri UMNO dicadangkan nak dibubarkan menarik perhatian ramai. Semua orang terbeliak mata. Yang cadang pulak bukan orang yang calang-calang. Dia dikenali sebagai bekas Menteri Luar yang hebat.
Tahniah kepada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang telah mengoncangkan sikit budak-budak dan emak budak UMNO. Wow melenting semua.
Mana tak melentingnya sebab akan kehilangan jawatan masing-masing. Bila jawatan tak ada maka miss sorro lah. Macam tulah yang difikirkan oleh Nasaruddin Hasim ADUN Bota yang jual harga diri.
Semua orang sayang jawatan, tapi tak semua orang sayang parti, macam Nasaruddin tu jugak. Pada masa yang sama ramai orang yang berjawatan inilah yang telah merosakkan parti. Mereka ini adalah serangga perosak. UMNO tak perlukan serangga perosak dalam parti.
Walaupun cadangan Rithaudeen tu baik, tapi lebih baik kalau marahkan nyamuk jangan kelambu di bakar. Yang salah nyamuk, takkanlah yang kita nak hukum kelambu.
Pertama sistem perwakilan is failure for UMNO. Ini kena kaji dengan mendalam. Sistem perwakilan adalah lubuk politik wang, lubuk rasuah. UMNO kena berikan hak memilih pemimpin kepada ahlinya. Kita adakan direct election. Nape tidak ? Caranya adalah seperti primary election di Amerika, setiap ahli undinya dikira.
Kedua adalah lebih baiknya tempoh pemegang jawatan ditetapkan. Contohnya jawatan utama parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ketua Bahagian dihadkan sebanyak 2 penggal maksima. 1 penggal 4 tahun.
Cukup ler 8 tahun jadi Presiden parti. Amerika Syarikat ada sistem penggal, MCA baru perkenalkan sistem penggal. Sistem ini akan menjadikan banyak pemimpin naik, dan banyak idea baru yang akan dilaksanakan. Maknanya proses meremaja parti akan sentiasa berlaku setiap 8 tahun sekurang-kurangnya.
Ketiga umno kena sebut politik wang itu rasuah. Rasuah itu taik. Semua orang tak suka taik. Tapi ada orang suka terima rasuah dan ada orang suka beri rasuah. Rasuah dah jadi fenomena dalam UMNO. Itu sangat bahaya. DS Najib sebagai Presiden baru harus ada komitment sangat tinggi untuk perangi rasuah habis-habisan. Ini akan boost semula imej UMNO.
Musuh nombor satu UMNO adalah rasuah, bukannya parti lawan. LDP Jepun jatuh kerana rasuah, Kaomingtang Taiwan jatuh keran rasuah, Parti Kongres India jatuh kerana rasuah, Golkar Indonesia jatuh kerana rasuah.
Sekurang-kurangnya pemimpin UMNO sudah sedar sekarang rasuah itu jijik. Rasuah sudah jadi barah. UMNO telah menemui jalan reform sekarang !
PKR pula sedang memeluk rasuah. Di Perak mereka kata rasuah seks itu sedekah, di Selangor mereka kata Politik Lembu itu sedekah.
1 comment:
Tidak wajar lompat parti. Mungkin rakyat pilih dia berdasarkan parti, bila lompat parti tentu rakyat yang undi dia rasa keciwa.
Tapi apa boleh buat kerajaan BN tak mahu buat undang-undang menghalang ADUN dari lompat parti. Mungkin BN juga dalam keadaan tertentu memerlukan ADUN pembangkang lompat parti. So tak leh buat apa la.
Post a Comment