warisan malaya. belajar lah dari sejarah, hayatilah falsafah perlembagaan negara, nescaya kalian boleh hidup dalam harmoni, aman dan sejahtera 1000 tahun lagi.
Friday, February 6
Cabaran Terbentang Dr. Zamry
Tahniah Dr Zamry, MB ke 11 Perak. Banyak cabarannya. Bukan mudah.
Pertama, Dr. Zamry kena akur bahawa kerajaan beliau adalah kerajaan yang rapuh. Majoriti yang sangat nipis. Kalau 2 Adun melompat maka tumbanglah MB Perak yang ke 11 ni. Kerajaan boneka Nizar hanya sempat bertahan selama 11 bulan. Kerajaan Dr Zamry boleh bertahan berapa lama? Sebulan ? Setahun? Dua tahun? Atau sampai PRU 13 nanti?
Kedua, Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri. Mereka akan cari kesalahan kerajaan Dr Zamry walau sebesar zarah. Mereka akan mengerakkan massa mereka untuk pastikan kerajaan ini juga tak kekal lama. Demostrasi jalanan akan hidup di Ipoh. Balai Polis dan SPRM Perak akan sesak dengan pelbagai lapuran mengenai salah guna kuasa.
Ketiga, Politik UMNO Perak tak pernah aman. Banyak bahagian, banyak kumpulan, banyak klik. Politik UMNO Perak memang sentiasa panas. Cabaran Dr Zamry adalah dari luar parti dan dalam parti.
Keempat, Dr Zamry adalah pemimpin ‘Gen X’ zaman millinium ini. Generasi ini ada problem dengan pengalaman. MB lain semuanya adalah generasi ‘The baby boom’. Kelebihan ‘the baby boom’ adalah kerana mereka berpengalaman. Namun mereka ni buta komputer, medium terpenting abad ini.
Kelima, semua orang tumpu kepada Dr Zamry, seperti mana mata orang bertumpu kepada Dr Khir Toyo bila beliau ganti Abu Hassan. Cara kentut Dr Zamry pun di perhati orang. Bolehkah Dr Zamry aggresif macam Khir Toyo? Namun aggresif yang keterlaluan juga boleh makan diri, macam hadiah penyapu !
Keenam, Adun pembangkang Perak ni sekarang DAP, PAS dan PKR bukan calang-calang. Ngaa dan Ngeh adalah mastermind kerajaan Nizar. Mereka ada ‘standing’ yang tersendiri. Ramai kalangan mereka adalah bekas Exco walaupun hanya sempat bertahan kurang setahun. Mereka sudah tahu selok belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka mampu membuat ‘check and balance’ yang ketat.
Sdr pembaca tentunya ada banyak pandangan mengenai cabaran yang terbentang untuk Dr Zamry. Marilah kongsikan dibawah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
that waz gud advise to a MB...
yup! u r rite bro, Dr Zambry hv 2 walk extra careful n not to be fooled by anyone, even his own umno ybs n excos
amat menarik when u reminded abt check n balance by ngeh + nga, two most powerful idiots during pakatan's govt
wait till this monday, after dr zambry announce his exco line up, there we'll c if anyone wud be "upset", maklumlah tak dpt, then anwar will come again to do some "fishing"
ntah la bro, thats what i think
Setuju ngan lawyer garang, Dr Zamry harus peka, kepada segala hal, bencana alam, kemalangan, keluhan, malah kenduri juga tunjukkan muka, Sebab begitulah PKR boleh naik, mereka terus ke akar umbi, terus kepada rakyat, Dr harus cepat dan pantas menyelesaikan masalah rakyat, jangan harap ketua kampung yang berat sebelah tu. dan jangan asyik jaga kawasan sendiri. Malah hal-hal bukan bumiputra juga harus diambil kira, Janji harus di kota, Ingat janji-janji yang telah di lafazkan terhadap rakyat, Kalau boleh bila jumpa rakyat tu bawak-bawaklah diary atau buatlah catatan, supaya tak lupa, Sedarlah semangat Cin Peng dah nak sampai, dan akan sampai... jangan orang melayu makan ubi kayu semula... masa tu nanti barulah ubi kayu turun harga.. sekarang mahal sebab orang melayu dah pandai makan berger... Nasihat saya kepada orang melayu... Jangan gadaikan maruah Melayu, sebab pastinya melayu itu Islam...Dan jangan gunakan kekerasan macam PRK buat. Mereka dah naik kepala.. Adun BN pun janganlah beriri hati kalau orang lain naik. Apa yang penting, kerjasama....
Post a Comment