Saturday, February 7

Rule of Laws Vs Rule of the Jungle

Panas di Perak belum reda. Orang ini kata yang itu adil dan orang itu kata yang ini adil. Keadilan itu bukan 1+1=2. Keadilan adalah meletakkan hak ditempat yang berhak.


Tujuan sesuatu sistem pemerintahan diwujudkan adalah untuk membentuk sistem bernegara. Sistem marxist, komunis, demokrasi itu dibentuk supaya rakyat dapat hidup dengan aman dan makmur. Kalau negara tidak aman, rakyat tidak selamat dan ekonomi tidak makmur. Tiada ketenteraman awam.


Demokrasi tidak wujud tanpa undang-undang. Undang-undang digubal dari proses demokrasi itu. Undang-undang adalah dari keberhasilan demokrasi sebagai sebuah sistem. Perlaksanaan dan penghormatan ‘rule of laws’ adalah perkara yang wajib dalam pembentukan sebuah negara. Kalau ‘rule of laws’ diketepikan maka ‘chaos’ jawabnya.


Malaya ni bukan sebuah negara yang gagal seperti Iraq, Afghanistan, Sri Lanka atau Palestine. Sejak sebelum kemerdekaan sehingga kita merdeka dan sehingga ke hari ini, ‘rule of laws’ itu kita sangat hormati. Kedaulatan undang-undang sebagai satu prinsip rukun negara kita diajar dari sekolah rendah lagi.


Adalah suatu yang amat malang apabila seorang bekas MB tidak mahu menerima hakikat dia sudah kehilangan jawatan itu. Ini kalau tidak waras namanya nyanyuk. Maka sewajarnya, dia jangan berbuat malu diri sendiri dengan mahu menjadi boneka terus terusan.


Kemanakah rakyat hendak dibawa oleh parti yang sentiasa mempertikaikan ‘establisment’ ? Masuk balik hutan? Melaksanakan ‘rule of the Jungle’? Nampaknya ianya dekat kearah itu. Atas nama hak asasi dan demokrasi, ada yang melihat ‘rule of the jungle’ itu lebih ‘relevant’ dari ‘rule of laws’.



1 comment:

PAPA GOMO said...

YA BETUL TU BRO...
PENDUDUK IPOH MAHUKAN KETENANGAN DAN KEMANTAPAN EKONOMI.

YANG RAMAI-RAMAI DOK MENYALAK DEPAN ISTANA TU BUKANNYA DARI RAKYAT PERAK. TETAPI BALACI-BALACI PAKATAN RAKYAT YANG DATANG DOK TUNJUK SAMSENG.

MALU RAKYAT PERAK AKAN HAL INI.

BLOGGER PAKATAN RAKYAT CUKUP BANYAK MENFITNAH.
SEGALA-GALANYA FITNAH BELAKA.

KITA SERANG BLOGG PAKATAN INI DENGAN HUJAH DAN FAKTA.

JANGAN BIARKAN FITNAH MEREKA MERACUNI RAKYAT.

SERANG......