Thursday, February 12

Dari KT ke Bukit Gantang; Pas Rugi Besar


Saya pernah menyebut kepada kawan-kawan, “ UMNO masuk PRK dua kali tapi kalah tiga kali ”. Ianya saya sebut selepas Nasaruddin Bota melompat ke PKR. Kemudian saya menulis lompat itu halal, saya selongkari lompat Nasaruddin itu ada hikmahnya


Itulah realiti politik, tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal. Begitu juga perkembangan politik intra parti dalam komponen BN dan Pakatan Rakyat. Jika diperhalusi, apa yang berlaku di Kuala Terengganu memang tidak berbaloi untuk Pas. Pas kehilangan sebuah negeri kerana terlalu asik dengan pak sheikh. Pas terlalu percayakan pak sheikh. Dan akhirnya pak sheikh pusing tikam Pas.


Politik Dap lebih cermat. Dap tarik ‘hand break’ melalui pengerusi pusatnya Karpal Singh. Ada benarnya kenyataan keras Karpal Singh “ Anwar Ibrahim perlu bertaubat!”. “Karpal faham ker erti taubat, tanya seorang kawan”. Jawapan saya positif . Karpal adalah seorang yang beriman dengan agamanya.


Semua agama menyuruh kita berbuat baik. Semua agama juga menyuruh kita menolak kejahatan. Karpal sudah sedar pak sheikh adalah pendusta, perosak dan penjahat. Itu sebabnya dia suruh pak sheikh taubat. Satu-satunya ‘pelakon politik’ Islam yang disuruh taubat oleh orang bukan Islam adalah pak sheikh! Tak hebat ker? Apa yang tidak kena kepada Karpal atau pak sheikh?


Tapi yang paling licik adalah pak sheikh, really politician. Dia pernah ‘kenakan’ Musa Hitam, Pak Ghaffar dan Tun M. Kali ini PAS dan DAP pula kena ‘penampar’ pak sheikh. Padan muka. Tapi Dap sempat mengelak dan Karpal disuruh sepak pak sheikh.


Untuk jadi PM pak sheikh akan melakukan apa sahaja. Pijak kepala orang. Itu 'no problem. The End Justify The Means'.


Kenapa Pas percaya sangat pak sheikh? Atau Pas sudah kena angau Erdogan? Atau Erdogan sudah menguasai Pas?


Pas tunggang pak sheikh atau pak sheikh tunggang Pas. Politik tunggang menunggang ini adalah idea Husam Musa. Ezam yang dedahkan dalam ceramah di Kubang Parit PRK Kuala Terengganu. Sampai sekarang Husam masih tak jawab lontaran Ezam. Ya, Ezam akan terus menyerang Erdogan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.


Dengan apa yang berlaku di Perak, nyata yang kena tunggang adalah PAS. Pas rugi besar.


1. Pas kehilangan kerusi MB Perak yang pertama disandangnya dengan sekelip mata. Angkara pak sheikh yang promosi melampau lompat-melompat, seperti kata Karpal.


2. Pas lawan Raja Melayu? Sejak bila PAS lawan Raja? Dr Burhanuddin tak ajar, Asri Muda tak ajar, Yusof Rawa tak ajar. Jadi siapa yang ajar yer? Nik Aziz? Haji Hadi? Husam Musa atau Md Sabu ? Erdogan? Nizar adalah orang Erdogan. Susur galur Nizar adalah JIM/IRC.


3. Pas promosi keganasan. Sifat ganas penyokong PAS seperti yang ditunjukkan dalam demontrasi di Masjid Ubuddiah Kuala Kangsar minggu lalu adalah bukti yang menunjukkan PAS adalah parti yang tidak jauh dengan fahaman eksterim. Kereta Raja Nazrin, Raja Muda Perak terkena lontaran objek yang dibaling oleh penyokong-penyokong PAS.


UMNO kalah 5 negeri dalam PRU 12, march tahun lalu. Tapi UMNO tak berdemo, UMNO tak lawan Raja Melayu. UMNO pasrah dengan keputusan rakyat. UMNO tawaduk kepada Qada dan Qadar. UMNO 'renewal'. Mungkin kesabaran ini membawa berkat di Bukit Gantang !


No comments: