Saturday, February 14

RESIGN SEGERA PAK LAH !

Jangan Biadab - Titah Sultan Selangor

KLANG, 13 Feb (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.

"Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta" titah daginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.

Dalam kenyataan tiga muka surat itu, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa rasa kecewa dan dukacita dirasai baginda lebih-lebih lagi kerana Sultan Azlan adalah ayahanda saudara baginda dan keluarga Diraja kedua-dua negeri mempunyai sejarah pertalian yang erat sehingga hari ini.

Menurut baginda, Sultan Azlan Shah dikenali sebagai seorang tokoh yang tinggi ilmu serta berpengalaman dalam perkhidmatan perundangan dan kehakiman sesuai dengan kedudukan Sultan Perak itu sebagai bekas Ketua Hakim Negara.

Sultan Azlan Shah serta keluarga baginda juga mempunyai latar belakang serta kelayakan keilmuan yang cemerlang dan sangat peka pada kepentingan rakyat sehingga kebanyakan tindakan baginda akan bersandarkan kepada budaya ilmu, pertimbangan syumul serta amalan bermusyawarah bersama pakar-pakar dalam mana-mana satu isu yang bersabit, titah Sultan Sharafuddin.

Menurut baginda, apa yang berlaku di Perak sejak seminggu lepas, amat membimbangkan sesiapapun "yang mengaku mencintai agama, bangsa, negara Malaysia, kestabilan, kesejahteraan, kemajuan, keselamatan dan masa depan kita bersama".

"Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru 6 Feb lepas apabila kerajaan campuran DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin dan penyokong pakatan tersebut.

Pada hari Zambry mengangkat sumpah memegang jawatan pada Jumaat lepas, penyokong-penyokong parti berkenaan mengadakan demonstrasi jalanan berhampiran Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sehingga menghalang kenderaan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilaporkan telah "mohon derhaka" kepada Sultan Perak apabila permohonannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak diperkenan Sultan Azlan Shah manakala Pengerusi DAP Karpal Singh telah menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana mahu menyaman Sultan Azlan Shah.

Sultan Selangor bertitah bahawa kegawatan ekonomi yang semakin meruncing di peringkat global dan serantau menuntut rakyat memantapkan perpaduan walaupun berbeza pendirian.

"Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana," titah baginda.

"Beta terus mendoakan agar Allah SWT akan terus memelihara kita bersama dan menganugerahkan kita dengan hati yang terang, jiwa yang tenang, fikiran yang tajam, perjalanan yang mudah, tindakan yang betul, perhubungan yang harmonis serta waja diri yang unggul untuk mengemudikan negara kita secara bersama dalam mengharungi proses kemajian seterusnya," titah Sultan Selangor.

**************************
Sumber ; BERNAMA

**************************



Kemurkaan DYMM Tuanku Sultan Selangor terhadap apa yang berlaku di Perak merupakan tamparan yang paling hebat kepada Pak Lah Perdana Menteri.



Sebagai anak jati dan rakyat Negeri Selangor, saya 100 peratus menyokong dan menyanjung titah dan nasihat Tuanku Sultan Selangor. Silapnya adalah kepada Ketua Eksekutif, Perdana Menteri Malaya. Pak Lah masih tak faham ker?



Kini masanya untuk melaksanakan segala Undang-undang yang ada! ISA, Akta Hasutan, Akta Percetakan dll. Pak Lah jangan tidur! Kalau dah tak mampu, serah segera jawatan Perdana Menteri kepada DS Najib. The country is in mess because of you. Malaya perlukan Perdana Menteri yang tegas dan berpendirian dan bukannya orang yang lembik macam kamu. Maaf Pak lah, that's the reality.



Pak Lah, kita mahu ketegasan, kita mahu kepimpinan, kita mahu tindakan, kita mahu perjuangan. Kita mahu orang yang kompeten untuk menerajui UMNO, untuk menerajui orang Melayu, untuk menerajui Malaya. Pak Lah your time is over. Give the baton to DS Najib immediately. Sooner your resign is better.

Ya memang Pak Lah baik, sebab itu mereka pijak kepala orang melayu. Pak Lah sesuai jadi iman masjid Negara, bukan Perdana Menteri Malaya.

Pak Lah, jangan syok sendiri. Tubuh Suruhanjaya sana, suruhanjaya sini. Nak tunjuk transparensi. Apa guna kita transparensi kalau negara jadi anarki? Negara sedang berada diambang jeram yang amat dalam.

Meminjam titah Tuanku Sultan Selangor, "Jangan sehingga nasi menjadi bubur, di mana terlajak kata boleh dimaafkan, tetapi terlajak perbuatan mungkin akan mengundang bencana.”

Pak Lah apa lagi yang kamu mahu tunggu. Jangan dok sabar sahaja, sehingga segalanya sudah tidak dapat diselamatkan.

Ampun Tuanku, Daulat Tuanku. Rakyat Selangor akan sentiasa tetap terus bersama Tuanku.

No comments: