Perhimpunan Agung Umno akan berlangsung tak sampai sebulan lagi. Semua calon sedang bertungkus lumus meyakinkan perwakilan bahawa mereka adalah layak dan berkemampuan untuk memegang jawatan itu.
Politic is who get what, when and how. Siapa mendapat apa, bila dan bagaimana. Politik itu adalah haluan pemikiran manusia. Cara manusia berfikir dan melaksana, itu juga politik.
Politic is art of selling. Menjual barang. Meyakinkan orang untuk membeli barang yang kita ada. Barang bagi ahli politik adalah kepimpinan dan perkhidmatan.
Politik itu bersih. Cuma pemain politik itu yang mengotorkan politik. Machiavelli mengunjurkan politik matlamat menghalalkan cara. Itu lah jenis politik yang dilaksanakan oleh kebanyakkan politikus di Malaya samada yang berfaham Nasionalis BN atau yang berfaham Ultra Liberalis PKR, Dap dan Pas.
Musim menuai bukan hanya untuk perwakilan Umno sahaja. Tahun ini Pas pun adakan pemilihan dipelbagai peringkat kawasan, negeri dan Pusat. Menuai dalam Pas lagi nampak sedap.
Dulu gula tak ada. Tapi sekarang gula banyak. Gula ada di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Bila ada gula baru ada semut. Semut biasanya lebih banyak dari gula. Itu yang berebut-rebut tu. Yang namanya politik itu sama saja.
Menuai carilah padi yang berisi. Jangan cari si padi hampa. !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment