Wednesday, February 11

PAS, anak yang sudah terlanjur ?

**********************************************
Saya 'reproduce' semula kiriman komen seorang sahabat yang agak panjang tapi menarik
**********************************************

Saya masih teringat lagi ketika PR menguasai Perak dan berlaku pula kemelut dalam pemilihan Menteri Besar. Akhirnya Nizar (PAS) terpilih sebab undang-undang Negeri Perak hanya akan melantik orang Melayu yang beragama Islam.

Kalau diikutkan secara logiknya tentulah DAP yang sepatutnya memerintah sebab menang banyak kerusi dari PAS. Bila kita tengok senarai exco, ternyata sekali Nizar adalah boneka DAP.

Teringat pula saranan Mufti Perak supaya PAS bekerjasama dengan UMNO membentuk kerajaan campuran di Perak. UMNO Perak dengan rendah diri menyahut saranan Mufti Perak dan menurut kenyataan Dato Seri Tajol Rosli, mereka sedia bekerjasama dengan PAS dan sedia menerima (Nizar)PAS sebagai Menteri Besar.

Kalau dilihat pada kerusi yang dimenangi ternyata UMNO yang sepatutnya mewakili kaum Melayu di Perak dengan 27 kerusi. Sementara PAS cuma 6 kerusi.

Saya sangat tertarik dengan sikap rendah diri UMNO yang sanggup melantik PAS sebagai Menteri Besar asalkan DAP Kafir Harbi tidak dapat memerintah di Perak. Saya rasa sebagai orang Islam, kita patut ikut saranan Mufti Negeri Perak kerana ini untuk kebaikan orang Melayu.

Apabila Kerajaan PR tumbang, saya tengok orang PAS pula yang menentang habis-habisan dan sanggup menghina dan menderhaka kepada Sultan. Sedarkan mereka bahawa Sultan yang berkuasa melantik Menteri Besar.

Sedarkah bahawa mereka hanya menang sorak kerana cuma menang 6 kerusi berbanding UMNO dengan 27 kerusi. Mereka telah mengkhianati bangsa sendiri dengan mengenepikan orang Melayu, sebaliknya memilih untuk bekerjasama dengan orang Kafir Harbi.Saya mula terfikir, apa akan berlaku sekiranya Sultan melantik Menteri Besar di kalangan Kafir Harbi DAP?

Bagaimana dengan kenyataan PAS terdahulu bahawa orang Islam tidak boleh memilih Orang Bukan Islam sebagai pemimpin. Sudah tentu para Ulama PAS akan mengeluarkan fatwa baru bila perkara demikian berlaku. Inilah yang dikatakan PAS sanggup menghalalkan cara asalkan sesuatu perkara berpihak kepada mereka. PAS selalu melaungkan 'UNDI KAFIR JADI KAFIR' bila tiap kali pilihanraya yang melibatkan wakil bukan Islam dari BN? PAS sepatutnya lebih matang dalam berpolitik.

Sepanjang hidup saya, saya tidak pernah nampak kabaikan yang ditunjukkan oleh orang-orang PAS. Mereka sentiasa mengkritik apa saja yang kerajaan buat. Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Jambatan Pulau Pinang, Kereta Nasional Proton Saga dan banyak lagi ditentang habis habisan oleh suku-sakat keluarga saya yang berfikiran PAS.

Di kalangan keluarga saya yang menjadi ahli UMNO sering menjadi mangsa fitnah PAS. Mereka suka mengadu domba dan menuduh orang UMNO tak faham Islam. Sebenarnya siapa yang tidak faham dengan Islam. Bukan itu saja saya sendiri menjadi mangsa cemburu orang PAS sebab kejayaan melanjutkan pelajaran ke Universiti. Saya masih ingat ahli keluarga yang cenderung kepada UMNO sentiasa memberi galakan dan menolong saya.

Sedangkan ahli keluarga yang cenderung kepada PAS sentiasa ada benda yang tak kena. Mereka sindir-sindir sebab saya ambil SPM kali ke dua baru boleh masuk ke Universiti. Saya pun tahu apa masalah mereka dengan saya sebab saya bukan ahli UMNO dan tak pernah bercakap politik dengan sesiapa pun.

Baru baru ini Dato' Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa melompat kepada PKR adalah mulia sementara melompat kepada BN adalah hina.

Katanya bila orang UMNO melompat kepada PAS bererti dia sudah insaf dan kembali kepada asal. Dia memberi perumpamaan seorang anak (UMNO) yang sudah terlanjur bila sudah insaf dia akan kembali kepada ibu bapa (PAS).

Kelakar juga saya dengan kenyataan sedemikian sebab PAS adalah serpihan dari UMNO. Sepatutnya UMNO yang menjadi ibu bapa dan PAS menjadi anak yang sudah terlanjur.

4 comments:

gotahlantun said...

PENGALAMAN YANG SEPERTI ITU PUN TERJADI JUGA PADA EDEN.
TETAPI SIKIT PUN TAK MEMATAHKAN SEMANGAT DAN IDE UMNO EDEN.

BUAT TAK TAU JER.. LAMA2 SENYAP LAH DIORANG TU..

AT LAST, KITA JUGA YANG DIORANG NAK MINTA TOLONG APA2.

mie said...

salamz

sesungguhnya diakhir zaman ini dunia di penuhi dengan manusia yang berfikiran dajjal.
mereka bertopengkan agama menghallalkan cara demi kekuasaan.
pada mereka.. semua betul..
orang yg tak sehaluan semua salah..
mereka lah yang layak memimpin dunia.

PAS telah tunjukkan perangai..
yg elok untuk diikuti oleh penyokongnya
1. budaya samseng
2. dendam kesumat
3. fatwa politik.

kita bukan hidup baru hari ini..

hj hadi.. sanggup keluarkan fatwa darah UMNO hallal.. Umno kapir

apa beza rukun islam/ iman umno dgn pas?
apa beza rukun solat umno/pas sampaikan ada dua imam

terlalu banyak pembohongan yang memesongkan akidah

Anonymous said...

tuan HK,

jgn heran,dah namanye pun PAS...
perangai & mindset memang payah nak ubah.

mereka ni sebetulnya bukan PAS...tapi PIS!

tak gitu?

~neo malay~

Anak Kampung said...

Sdr Gotahlantun
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.


Sdr mine
Insan yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang bertakwa.

Politik yang bertopengkan Islam adalah sandiwara dunia kepura-puraan untuk sekadar mendapatkan kuasa.


Sdr Ano
Banyakkan bersabar.