Saturday, February 14

PAS Derhakai Raja-Raja Melayu


PAS bermain talam dua muka apabila menyuruh ayam tambatannya Salahuddin Ayub membuat kenyataan bahawa PAS tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.


Bagi saya, PAS adalah parti yang tidak ada pendirian. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, cakap-cakap tapi tak bikin-bikin. Isu hudud contoh nya, pendirian PAS berubah-ubah, seperti orang berman silap mata. Orang Melayu tidak boleh bergantung harap dengan parti yang seperti coklat chok fatt ini.


Di suatu masa PAS pernah kata, ia akan laksanakan hudud bila memerintah. Namun kita tahu, PAS dah perintah Kelantan dan Kedah, pernah perintah Terengganu dan Perak. Kita tanya PAS, kenapa kamu tak laksanakan hudud ? Hah tahupun, memang tak mudah. Bersyarah keliling kampong boleh lah. Bila dah jadi pemerintah baru tahu !


Malahan dalam kes Perak lebih buruk dari itu. Bekas MB PAS Perak tidak lebih menjadi sekadar badut DAP. Di cucuk hidungnya menurut titah dan perintah DAP. Apa hukumnya pulak ? Kalau dia kena, semuanya harus dan halal tapi bila kena kat orang lain semuanya haram.


Sehinggakan Husam Musa sanggup menjadi munafik dalam isu hudud, apabila Karpal Singh kata, “ langkah mayat saya dahulu, kalau PAS mahu laksanakan hudu “. PAS terpaksa mohon perkenan DAP untuk laksanakan dasar Islam ? Ini lah Islam cara PAS iaitu ISLAM DAP.


Kita juga nak tahu berapa banyak kelab malam dan kelab dangdut tutup di Perak, Kedah dan Selangor sewaktu PAS menjadi MB atau Exco kerajaan negeri? Kenapa tak buat ? Kan kuasa itu ada ditangan kerajaan Tempatan yang Kerajaan Negeri ada kuasa seratus peratus.


Apa yang berlaku di Perak adalah bukti nyata tipu daya PAS terhadap DYMM Sultan Perak. Yang terlihat
adalah Bekas MB PAS memerli Tuanku Sultan apabila dia menyebut “ Patik mohon derhaka terhadap Tuanku.” Kalau ikut hukum alam, manusia seperti ini wajib dibuang negeri dok seorang-seorang di pulau tanpa penghuni.


Yang jelas dan terpandang adalah kedegilan dan keangkuhan terus-terusan Bekas MB PAS Perak yang terus dipergunakan oleh DAP. Adakah
Salahuddin Ayub terlepas pandang atau kuman diseberang laut nampak tapi gajah di depan mata dibuat tak tahu saja !


Yang jelas lagi bersuluh adalah :


1. Pas lawan Institusi Raja-Raja Melayu. Sejak bila PAS lawan Raja? Dr Burhanuddin tak ajar, Asri Muda tak ajar, Yusof Rawa tak ajar. Jadi siapa yang ajar yer? Nik Aziz? Haji Hadi? Husam Musa atau Md Sabu ? Erdogan? Nizar adalah orang Erdogan. Susur galur Nizar adalah JIM/IRC.


2. Pas promosi keganasan. Sifat ganas penyokong PAS seperti yang ditunjukkan dalam demontrasi di Masjid Ubuddiah Kuala Kangsar minggu lalu adalah bukti yang menunjukkan PAS adalah parti yang tidak jauh dengan fahaman eksterim. Kereta Raja Nazrin, Raja Muda Perak terkena lontaran objek yang dibaling oleh penyokong-penyokong PAS.


3. PAS adalah parti yang bijak bersandiwara dan berdrama. Lakonan PAS yang wajar diberikan anugerah adalah Bekas MB PAS Perak yang tak belajar rukun iman yang ke enam, percaya kepada Qada dan Qadar.

No comments: