Tuesday, March 10

Anwar jumpa Pak Lah - Tak pelik lah

Seorang sahabat menelefon. Katanya ada benda pelik akan berlaku. Dia suruh saya buka segera blog mso.

Oh ini tak pelik. Ini bukti umno bukan Fatah, Pas bukan Hamas dan anwar bukan yahudi. Politik malaya adalah kecil. Nak pergi tang mana pun terserempak batang hidung juga.

Dari maklumat yang dirisik juga memaklumkan memang pak lah ini rapat dengan sekolah-sekolah pondok.

Beliau adalah cucu Abdullah Fahim. Abdullah Fahim lahir dan dibesarkan di bumi berkat Mekah. Beliau kemudiannya berhijrah ke Malaya.

Beliau adalah seorang Ulama dan ahli falak yang sangat terkenal. Abdullah Fahim lah yang mencadangkan tarikh keramat 31 Ogos sebagai tarikh kemerdekaan negara. Beliau kemudian dilantik sebagai Mufti negeri Pulau Pinang.

Beliau aktif politik dan pernah jadi Pengerusi Biro Dakwah Umno. Beliau juga adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti PAS. Itu sebabnya agak sukar sebenarnya PAS nak peletok Pak Lah. Pak lah faham, tahu dan pernah ada darah PAS dalam jalur kehidupannya.

Pertemuan yang tidak disengajakan itu adalah tanda baik bahawa dalam bulan maulud ini rupanya suasana di malaya jauh lebih baik berbanding dinegara lain. Tak serupa macam di Gaza, di Afghanistan, di Iraq, di Selatan Thailand dan di Selatan Filipina.

Malaya jauh lebih baik kerana dalam politik melayu, benci bagaimana sekali pun, marah bagaimana sekali pun, kita tetap bertegur sapa.

Tak ada yang pelik dalam pertemuan itu kerana ia kebetulan dan tidak sengaja. Tidak ada yang pelik akan berlaku.

Anwar akan terus menghadapi tuduhan liwat kali ketiga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Pak Lah tak kuasa nak masuk campur hal Anwar dengan pembantu peribadinya. Itu personal matter yang Anwar kena selesai di Mahkamah, bukan cara politik.


Sila rujuk ke blog mso.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: