Tuesday, March 31

Bukit Selambau - Dr M datang

Difahamkan Tun Dr Mahathir akan hadir satu majlis kempen bagi bantu calon BN pada p/raya kecil Bukit Gantang 5 Apr 2009, Ahad.

Beliau juga dijangka akan ke Bukit Selambau selepas itu. Beliau dijangka akan menemui lapisan rakyat khususnya pengundi Cina dan India.

Dr Mahathir telah memberikan komitmennya kepada Ds Najib untuk membantu proses transformasi yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baru itu.

Program berada dipadang ini adalah sebahagian hasrat Dr Mahathir bahawa beliau serius untuk mengembalikan sokongan rakyat akar umbi kepada Umno dan Barisan Nasional.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

M.Saad said...

Saya amat bersetuju jika TUN turun padang untuk menemui pengundi cina dan india di di kedua dua bukit tersebut. Ini kerana TUN mampu mengembalikan sokongan pengundi cina dan india untuk memenangkan calon BN.Semoga TUN berjaya membantu kemenangan BN.

Anonymous said...

setuju dgn pandnagan M Saad, aura Tun meliputi semua kaum, dalam keadaan semasa terutamnya undi cina dan india yg jauh dari BN , boleh ditarik oleh kehadiran Tun.

sama samalah kita berdoa Tun yg berada di London utk seminar kekejaman yahudi israel akan pulang dan membantu BN dan kepimpinan baru ...amin

drputera

pro Umno said...

BN ada bukit 1 kelebihan di 2 batang.sila layari http://proumno.blogspot.com/