Monday, March 30

Bukit Selambau - Restu Rakyat

PROTES SELAMBAU-PKR Bahagian Jerai dibubarkan hari ini setelah Ketuanya B Kalaivanar dan 500 ahli PKR Bahagian itu isytihar keluar parti.

Kalai adalah penggerak utama PKR pro India di Kedah. Dia juga mempunyai pengaruh yang besar dalam gerakan Hindraf di negeri ini.

Menurutnya Hindraf tidak merestui calon PKR kerana Manikumar tidak mewakili masyarakat India akar umbi Bukit Selambau.

RESTU RAKYAT- PKR patut malu letak calon di Bukit Selambau selepas wakil rakyat dahulu lari dan letak jawatan, kata TS Muhyiddin di Sg. Petani pagi ini.

Katanya, rakyat sudah beri peluang tapi parti itu gagal tunai tanggungjawab. Kini pengundi berilah peluang kepada calon BN untuk berkhidmat. BN mohon restu rakyat.

BERSATU - TS Rafidah Aziz hari ini hadir lawat Bilik Gerakan Wanita UMNO Bkt Gantang bagi pastikan jentera yang dibentuk sebelum pemilihan UMNO terus bergerak.

Beliau harap jentera yang telah dibentuk akan terus bekerja dan diberi sokongan oleh kepimpinan Wanita yang baru bagi jamin kemenangan BN.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: