"Saya mencari makan dengan berjual-beli. Oleh kerana kamu semua telah memilih saya untuk menjadi Khalifah, saya tidak dapat lagi menguruskan perniagaan. Sekarang bagaimana dengan pencarianku"?
Berbagai-bagai syor telah dikemukakan mengenai pembayaran yang sepatutnya dibuat kepada Umar r.a. Saidina Ali tidak membentangkan sebarang cadangan.
Umar bertanya kepadanya : "Apakah cadanganmu, wahai Ali"? Jawab Ali : "Ambillah wang sekadar yang bisa mencukupi keperluan keluargamu".
Pada suatu hari, Umar sedang berkhutbah. Bahagian bawah bajunya kelihatan bertampal-tampal.
Pada suatu ketika beliau lambat tiba di masjid untuk menunaikan fardhu Jumaat. Beliau berkata kepada jemaah : "Maafkan saya. Saya terlambat kerana sibuk membasuh baju saya. Saya tidak ada yang lain untuk dipakai".
Utbah bin Abi farqad telah bertamu. Ketika itu Umar r.a sedang makan. Selepas mengizinkan Utbah masuk, dia menjemput Utbah makan bersama-sama. Roti yang diberi kepadanya terlalu keras sehingga Utbah tidak dapat menelannya. Utbah pun bertanya : "Mengapa tuan tidak menggunakan tepung yang baik untuk membuat roti"?
Umar : "Adakah setiap orang Islam mampu menggunakan tepung yang baik untuk membuat roti"?
Syabas Khalid, ya memang Proton tak selesa. Apa kelas Najib pakai proton !
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
Terima kasih tuan di atas cerita Umar Al Khatab. Memang telah berulang kali saya dengar. Setiap kali itu jugalah mengenang air mata saya. Begitu juga sebaliknya, apabila mendengar cerita ahli politik di Malaysia, setiap kali itulah tekak saya meloya hendak muntah.
Post a Comment