Monday, April 13

Samy Vellu Diam lah!

Dengarnya Samy Vellu naik angin apabila Koh Tsu Koon President Gerakan dapat jadi menteri. Koh Tsu Koon pun kalah dalam PRU 12. Tapi kenapa Ds Najib lantik dia, sedangkan Samy Vellu yang juga kalah dalam PRU 12 tidak dilantik menjadi menteri, ujar seorang AJK MIC Bahagian.

Ini double standard Ds Najib, katanya lagi. Saya cuba memahami hati kawan MIC yang sedang panas ni apabila bossnya tak dapat apa-apa lepas PRU 12.

Jawapan saya mudah, inilah feel orang yang dah tua bangka tapi tak sedar diri. Rumah kata pergi kubur kata mari, itu pun mau jadi menteri.

MIC langsung tak reform. Umno dah tukar presiden dua kali. Dari Tun M ke Tun A ke Ds N. Mca dah tukar presiden dua kali. Dari Leong Sik ke Ka Ting ke Tee Keat. Gerakan dah tukar presiden satu kali. Dari Keng Yik ke Tsu Koon.

Tapi MIC ditakuk lama. Kita kasihan melihat masyarakat India yang tercicir akibat kelemahan kepimpinan MIC. MIC sangat jumud. MIC sangat feudal. Hasilnya adalah lahirnya gerakan Hindraf.

Hindraf lebih kuat dari MIC. Hindraf membawa makkal sakti (suara rakyat). Tapi MIC hanya membawa suara pemimpin. Ini politik semalam da.

MIC sudah tidak relevan kepada orang India. Orang India perlu wadah baru dalam BN. Ds N kena fikirkan alternatif platform untuk orang India. Mungkin PPP atau pemimpin Gerakan yang India itu lebih efektif mewakili masyarakat India.

Tiada jalan lain untuk MIC kuat kecuali Samy Vellu letak jawatan segera sebagai Presiden MIC. Samy Vellu sudah menjadi bebanan kepada BN. Bukit Selambau kalah kerana orang India tidak undi BN, walaupun calon BN adalah seorang India. Kalau orang India pun tak mau calon India, ni apa citernya?

Jangan tunggu BN kalah di PRU 13 baru sedar nak pecat Samy dari MIC. Umno dah bangun. BN jangan lah tidur lagi.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Keistimewaan orang India ialah semakin mereka mabuk, semakin mereka lantang dan rasional.

PARPUKARI said...

SAYA SOKONG KENYATAAN TUAN! SAMY BLAH LA! TUNGGU APA LAGI? TAK MALU KE ORG INDIA SENDIRI SUDAH REJECT SAMA LU!

Anak Kampung said...

SahabatKu Bro Kluang dan Parpu

Tq. Bloggers India tak de ker yang sudi berkongsi hati dan perasaan. Kalau ada kita perlu jadi sahabat mereka.