Tuesday, April 28

Politik Ulamak vs Erdogan dalam Pas

Semua orang dah tahu sekarang dalam PAS ada dua kumpulan. Satu kumpulan namanya kumpulan ulama, satu lagi kumpulan Erdogan.

Kumpulan ulama adalah kumpulan yang dulu digelar sebagai kumpulan fundamentalis dalam Pas. Kumpulan ulama asasnya adalah mereka yang mendapat didikan dalam pengajian Islam dalam dan luar negara.

Kekuatan kumpulan ini adalah Pas mempunyai struktur Dewan Ulama dari pusat sehingga ke akar umbi kawasan. Mereka inilah yang meneruskan kesinambungan resepi ulama dalam Pas.

Kumpulan Erdogan pula merupakan kumpulan yang nama lamanya sebagai the young turks. Mereka adalah golongan yang mendapat pendidikan sekularist dalam Pas.

Kumpulan ini mendapat nafas baru apabila ramai antara mereka mempunyai hubungan istimewa dengan Anwar Ibrahim. Mereka mungkin rakan sekolah, seuniversiti, mbm atau rakan Abim Anwar.

Hubungan rapat ini lah yang mereka nak jaga terutama dalam keadaan Anwar bercerita dia akan jadi Pm Malaysia. Ya cerita sebelum pak lah letak jawatan.

Dengan menjaga hubungan rapat ini lah yang mereka yakin untuk sama-sama menjawat pelbagai jawatan penting dalam politik apabila Anwar menjadi Pm nanti. Ada yang teringin nak jadi Menteri kewangan, Menteri, Timbalan Menteri, setiausaha politik, CEO GLC, apabila anwar berkuasa nanti.

Kerana jawatan-jawatan ini juga lah mereka sanggup menjadi juru-juru laga dalam parti. Mereka sanggup mengadaikan maruah dan perjuangan Pas, semata-mata mahu 'sehidup dan semati' dengan Anwar. Anwar itu lebih penting dari Pas bagi mereka.

Tulisan Nik Abduh Nik Aiz dalam wordpressnya melambangkan cerita benar yang kini berlaku dalam Pas. Nik Abduh berani menulis kerana dia tak takut sesiapa. Nik Abduh bukan macam pimpinan muda Pas yang nak masuk ISA pun takut. Nik Abduh adalah graduate ISA yang kini bersedia mempertahankan maruah dan agenda sebenar perjuangan Pas.

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

saya tertarik dengan satu isu yang amat hebat! Saya telah diberitahu oleh rakan blogger saya (yang dah kira macam otai la dalam dunia blog ini) bahawa kebanyakan wartawan suratkhabar Cina tidak tahu berbahasa Malaysia rupanya!

Tidak kira dari mana-mana suratkhabar cina la, mereka kebanyakannya tidak reti berbahasa malaysia, saya pun amat terkejut sekali la dengan berita itu, kerana pada hemat saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang wartawan mereka seharusnya tahu berbahasa Malaysia!