Friday, June 12

Kenaikan Tambang Bas - Rakyat diutamakan ?

Tambangkan bas berhenti-henti akan dinaikan 30 peratus dalam masa yang terdekat ini. Ini diumumkan oleh menteri yang berkenaan beberapa hari lalu.

Rasional menteri adalah dia nak supaya surcaj 30 peratus itu di 'convert' sebagai kenaikan yang automatik. Maknanya surcaj tak boleh ada lagi. Yang ada adalah kenaikan tambang.

Kenaikan tambang Bas henti-henti tentunya memberikan implikasi yang besar kepada rakyat. Menteri tak naik bas. Menteri tak tahu impak naik tambang bas kepada belanja dapur.

Bagi menteri ia mudah sebab kereta, minyak, rumah, pemandu, semuanya disediakan. Bak kata orang makan tanggung berak mencangkung. Tapi yang merananya rakyat. Apabila rakyat merana ia tak akan sokong kerajaan yang buat dasar yang buat ia merana. Pendeknya kalau rakyat merana maknanya kerajaan yang memerintah juga boleh jadi akan merana.

Sampai bila Kerajaan BN akan tunduk patuh kepada golongan saudagar, tarif letrik naik kerana mereka nak untung besar, tol naik kerana mereka nak untung besar, harga beras naik kerana mereka nak untung besar.

Telah tiba masanya pentadbiran DS Najib menjaga kebajikan rakyat. Bukannya keuntungan saudagar. Rakyat diutamakan maknanya kebajikan rakyat dijaga. Adakah kenaikan harga tambang bas menjaga kebajikan rakyat?

Sudah tiba masanya juga team ekonomi DS Najib pro kepada kebajikan rakyat dan bukan pro kepada golongan saudagar. Gantikan lah team ekonomi yang faham kesusahan, kebajikan dan aspirasi rakyat.

DS Najib dan ahli kabinetnya kena cakap serupa bikin. Bukannya cakap tapi tak bikin-bikin. Rakyat melihat dengan prihatin apakah lagi yang keutamaan rakyat yang akan diberikan kepada mereka, adakah ianya sama seperti kenaikan tambang bas? Ini semua adalah jawapan-jawapan bocor untuk keputusan PRU 14.

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

Udahlah ekonomi sdg terpeleot.Rakyat juga dijadikan mangsa utk puaskan permintaan tokeh2 kaya tu.Letih juga dgn gelagat dan keputusan pemimpin2 sekarang.