Thursday, June 4

Za'ba pemikir Umno

Umno lahir kerana gabungan pertubuhan-pertubuhan melayu yang bersatu menentang malayan union. Itu sebabnya nama penuh UMNO adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PERKEMBAR).

Antara pengerak awal perkembar adalah Persatuan Melayu Selangor. Melayu selangor waktu itu di ketuai oleh Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba.

Za'ba adalah seorang pemikir. Kerana kehebatannya berfikir tentang agama, bangsa dan ibu pertiwi, beliau telah dianugerahkan dengan gelaran Pendita.

Za'ba menulis mengenai Islam dan Melayu sejak tahun 1917 lagi. Pada tahun 1946 sewaktu menubuhkan Perkembar, Za'ba pernah dicadangkan oleh perwakilan untuk menjadi pengerusi Pertama Perkembar.

Namun Za'ba menolak dengan baik dan mencadangkan Dato Onn sebagai pengerusi Umno pertama. Kata Za'ba " saya bukan ahli pentadbir dan juga bukan ahli politik, biarlah ahli pentadbir dan ahli politik seperti Dato Onn menjadi pengerusi Umno". Za'ba kekal sebagai pemikir yang banyak memberikan saranan kepada Dato Onn selepas itu.

Sebuah peninggalan karya Za'ba yang wajib di baca oleh pemimpin Umno sekarang adalah PERANGAI BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI. Buku ini diterbit oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menyantuni agenda Melayu dan Islam. Buku ini mendekatkan rupanya Umno juga meladeni golongan pemikir.

Tapi biar lah tokoh pemikir yang hendak ditampilkan itu bersih orangnya macam Za'ba. Pemikir ini bukan dibuat-buat. Ia lahir dari jiwa dan pekerti yang luhur.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Ex-UMNO said...

Timbalan Perdana Menteri telah memberi amaran bahawa UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk di pulihkan. Mungkin kah masa dua tahun ini cukup untuk memulihkan UMNO yang sakit tenat ini?