Thursday, August 6

Gerakan Nyahkan Ronnie Liu

Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir berkata parti itu akan membuat kempen desak kerajaan Selangor gugurkan Ronnie Liu dari Exco.

Macam hebat aje atau lakonan sahaja. Pas faham dari PRK Manek Urai, pengaruh mereka dikalangan melayu makin merosot. Caranya adalah untuk memenangi semula hati orang melayu.

Pas tahu ramai benar orang melayu yang anti Dap. Dengan menghentam Dap, Pas harap ia dapat pulihkan imej dikalangan orang melayu.

Pas kena berlakon, kerana dunia politik ini penuh dengan drama. Macam drama minggu ini, kan setiap minggu bertukar topik.

Sampai bilakah Pas boleh berlakon? Sampai bilakah lakonan Pas diterima oleh rakyat? Sampai bilakah orang Islam boleh menerima lakonan Pas? Berdasarkan Prk Bukit Gantang dan seterusnya Prk Manek Urai, nampaknya pengaruh Pas dikalangan orang Islam nyata menjunam.

Sementara itu - SANDIWARA itulah kata Ahli MT Dato Shabery Cheek mengulas kemelut politik Selangor. Tak ada apa berlaku. PAS dan DAP akan tidur satu selimut lepas ini katanya.

Benar ke tidak, kita lihat sejauh mana lakonan Hassan Ali boleh dinobatkan sebagai calon Pelakon Lelaki Politik Terbaik 2009.

2 comments:

nuar bekas banduan said...

penghujung ceritanya nanti akan datang si hero aljuburi selesaikan pertikaian.Yang untung aljuburi dengan dap, pas nganga lagi.taktik aljuburi untuk menunjukkan dia seorang leader yang hebat.muaaaahahaaaa hu hu hu

eMNo said...

Hassan Ali memang berlakon. Skrip semua dah ready. Pencacai-pencacai PAS akan masuk perangkap konon PAS memang hebat kerana berani tibai Ronnie Liu. Kalau dia tak berlakon, nanti pencacai-pencacai PAS kata dia kecut teloq. Maka berlakonlah sat. Minggu depan cari skrip lain. Minggu lagi satu skrip lain pula. Cukup bulan dapat elaun, dapat gaji. Yang pencacai-pencacai pula dok syok sendri sambil bertakbir.