Wednesday, August 5

INKUES Teoh - DNA lelaki misteri

Prosiding inkues kematian Teoh sudah bermula hari ini. Suasana sangat tenang, tiada perhimpunan atau orang awam berpusu2, sekitar 50 wartawan buat liputan.

Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela untuk mendapatkan salinan kenyatan beramaran saksi. Peguambela juga sudah menerima laporan toksilogi/kriminologi/DNA.

Prosiding diberitahu 157 sample DNA diambil dari semua pegawai SPRM, polis, forensik dan pekerja cuci bangunan. Sangat telus dan tiada apa nak disembunyikan.

Paling paling menarik pada prosiding hari ini adalah 157 sampel DNA itu dikemukakan satu persatu. Suspen siapa dia? Mahkamah mendapati semuanya itu tidak sepadan dengan DNA yang ada pada jaket/talipinggang Teoh.

Maknanya kesemua kakitangan SPRM, Polis, forensik, pekerja cuci bangunan yang berjumlah 157 orang itu bebas dari sebarang kaitan berkenaan DNA yang ada pada jaket/talipinggang Teoh. Dalam perkataan yang mudah, mereka semua tiada kaitan dengan kes kematian Teoh.

Jadi DNA siapakah itu? Tentu orang luarkan? Siapa orang luar itu? Siapa lelaki misteri
itu? Ia masih lagi menjadi tanda tanya? Satu persatu dijangka terlerai dalam inkues yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu itu. Tentunya nama keparat orang luar itu akan terjawab dalam masa dua minggu ini.

Mungkinkah lelaki ini orang Dap, orang gangster, orang Ronnie Lie, sahabat terdekat Teoh atau boss Teoh sendiri? Semuanya berkemungkinan? Kita tunggu pulak nanti bila DNA orang-orang ini dikemukakan kepada mahkamah.

Koroner Azmil Muntapha menangguhkan prosiding inkues jam 1.35 tadi. Prosiding akan bersambung semula esok jam 9 pagi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

GPMS Cawangan Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

hk said...

Sdrku GPMS Wangsa Maju,

Young man never die !

Anonymous said...

umno cawangan atau GPMS