Tuesday, August 25

Nizar H1N1 - Rakyat Gagal ke Syurga !

Prinsip adalah perkara kedua apabila membabitkan soal masuk syurga. Menurut Malaysia Insider, sekurang-kurangnya itulah yang dikatakan oleh Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Permohonan Khairul untuk menjadi ahli anggota PAS dan seterusnya dapat memasuki syurga telah ditolak hari ini. Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat PAS sini, Khairul, yang merupakan Presiden Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), berkata tujuannya untuk menyertai PAS adalah kerana dia mahu "masuk syurga" seperti yang dikatakan oleh pemimpin PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa ahli-ahli UMNO tidak boleh masuk syurga.

“Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah hak asasi saya sebagai seorang warganegara bebas untuk menyertai mana-mana parti yang legal dan saya telah memenuhi syarat PAS. Sebab kenapa mereka menolak saya adalah kerana saya menyokong ISA yang ditentang oleh mereka," kata Khairul.

Khairul yang mengharap untuk menjadi ahli PAS datang siap bersedia dengan tiga orang lain yang membawa banner bertulis “PAS Take Beer,” yang memomokkan jeritan takbir PAS yang kini mengalah dalam isu kontroversi jualan bir di Selangor. Dia berkata jika PAS menentang ISA, maka dia bersedia menukar pendiriannya dari pro-ISA kepada anti-ISA. “Saya sekarang anti-ISA. Saya mahu masuk syurga. Saya sedih kerana bila saya ditolak PAS, saya tidak dijanjikan tempat di akhirat," katanya.

Bila ditanya mengenai kenyataan pegawai PAS yang mempersoalkan keikhlasannya, dia berkata bahawa niatnya sangat ikhlas dan dia rasa Nik Aziz adalah seorang "nabi" kerana semua orang percaya kepada semua cakapnya.

Bila ditanya, apakah langkah seterusnya, Khairul akan membawa isu ini ke pejabat Suhakam.

Dalam masa itu, pengikut PAS telah melanggar arahan "nabi" mereka supaya tidak bermain isu peribadi semasa berkempen di Permatang Pasir. Ianya dilakukan sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Nasaruddin At Tantawi yang menuduh calun Rohaizat simpan perempuan lain dan menyebabkan perkahwinannya goyang.

Ditanya seorang penyokong kuat PAS di Permatang Pasir, dia berkata, "Kami tak ada masaalah untuk berbohong, berfitnah dan bekerjasama dengan murtad, Nik Aziz dah pastikan ahli PAS masuk syurga.

"Walaupun Mujahid Yusof Rawa tahu calun kami curi duit kempen RM60,000 dan ambil dana sekolah pintar PAS untuk bayar hutang Chartered Bank, kami tidak ada masaalah. Dia akan turut masuk syurga kerana dia orang PAS."

- Agensi Husin Lempoyang

1 comment:

Anonymous said...

Saya setuju bro 100% ! Booking dulu nak masuk syurga dengan jadi ahli pas(parti ajaran sesat). Bro kena cakap dengan amer saudi - Raja Saud, kalau tak dia orang terlepas masuk syurga. Maklumkam kat CNN atau Bloomberg nak masuk syurga senang jer ! Cukup jadi ahli pas. Sapa tah yang iktiraf nik ajis tu ular mak. Menyusup masuk dlm semak bro.. Hati-hati lepa sikit kena patuk depan belakang.

Hati karma