Thursday, November 12

Bila Tok Guru juga perasuah

Tok Guru Nik Aziz mengaku bahawa dia ada menerima hadiah pergi menunaikan Haji dari orang tertentu. Dia kata " orang nak bagi, nak buat macam mana". Menurutnya ini bukan lah pertama kali dia terima hadiah pergi haji.

Menurut maklumatnya, hadiah Haji yang Nik Aziz terima kali ini bernilai Rm 65,000.00. Wow mahalnya belanja pergi haji. Ini tentu Haji first class ! Siapa yang memberi, khabarnya sudah hampir pasti media tahu orang itu dan dari syarikat mana.

Yang menariknya adalah hasrat baik yang memberi hadiah ini. Hadiah nya pulak "full course" pergi haji. Yang menerima hadiah pulak seorang Menteri Besar. Kalau MB BN yang terima hadiah ini tentunya Pas akan pukul keliling kampung beritahu yang Mb Bn korup, tetapi sekarang MB Pas ini yang lebih korup.

Rasuah ini tak mengenal apa darjat kamu samada Bn ke, Pas ke, Pkr ke atau Dap ke.. Manusia sentiasa ada nafsu, walaupun serban yang dipakainya itu besar. Yang lebih buruk apabila yang memberi hadiah itu adalah syarikat atau ahli perniagaan. Mudah cakap tentu ada udang disebalik pemberian hadiah itu.

Saya yakin rasuah Haji ini adalah permulaan bab yang panjang dalam pentadbiran Pas di Kelantan. Dengar khabar adalah sahabat bloggers dah kenang tendang dari pejabat seorang Exco Kelantan. Tentunya cerita bloggers ini lebih masam dan manis dari cerita rasuah Haji Tuan guru ini.

Rakyat juga nak tengok sejauh mana keberanian Sprm untuk menghadapkan IKAN PAUS dan JERUNG ke mahkamah. Kita setuju kerja Sprm harus independen dan lebih efficient. Malaysia akan lebih maju, harmoni dan stabil jikalau ikan-ikan besar ini juga dipertanggung-jawabkan atas setiap tindak tanduk dan gerak geri mereka.

4 comments:

Anak Lenggong said...

salah tu bro...orang Pas ni kan semua suci belaka..mana ada rasuah..tu sedekah namanya ..kah kah kah

Anonymous said...

Dia kata " orang nak bagi, nak buat macam mana".

Dari dulu teman dengor dia menjawab gini.Macamlah masa org tu bagi , kakitangan,akal,mulut semua kena ikat/paksa..tu sebab 'nak buat macam mane' kan ?. 'Terpaksa' terima.

Menerima 'sedekah' orang tak kala kita sendiri mampu adalah perkara tak moleh.Lebih baik kasi pada org yang tak mampu.Kita pun dah jenuh merasa, buka 1st time.Ingat, natijahnya nanti , tak kala bila kita betul2 perlukan sumbangan, time tu kita tak akan perolehinya , sebab kita dah ambil bahagian tu masa kita senang.

Tiada teladan langsung disini.

-OghangKuale-

Anonymous said...

laa. Dah lama Tok Guru buat kerja ni nooo!!

Anonymous said...

Bagi RM 65 K tu kat orang mangsa banjir kat Kelantan lagi baik. Pas buat apasaja pun OK. Rezeki datang dari Allah. Apa nak kira Tok Guru kata semuanya Ok. Siapa boleh bangkang. Yang menderita rakyat. Rakyat yang pilih pemimpin terima sajalah..