Pkr memang parti cacar marba. Dalam Pkr ada puak bekas Umno seperti Anwar dan Azmin. Ada puak Abim seperti Dr Manuty. Ada puak Jim seperti Zuraidah. Ada puak sosialis seperti Sivarasa dan Tian Chua. Ada puak bekas Pas seperti YB Zul. Ada puak bekas Mic seperti Yb Mike. Ada puak bekas Pbs seperti Jefrey Kitingan.
Mereka ini di gaul dalam satu bekas. Memang pelbagai ragam dan perangai. Sekarang pimpinan parti pulak diketuai oleh 3 A. 3 A ini pulak laki bini dan kroni. 3 A lah yang mencorakkan parti mengikut selera mereka.
Walau pun Pkr memperjuangankan demokrasi dan hak asasi serta kebebasan bersuara, namun dalam kes YB Zul dan banyak perkara lain rupanya ia sekadar indah khabar dari rupa. YB Zul adalah seorang yang lantang bersuara dan punya prinsip dalam berpolitik.
Dia bukan juga kuda kayu sesetengah pemimpin Pkr. Dia bukan boneka. Dia tak peduli apa demi kebenaran. Isu terakhir yang YB Zul ketengahkan adalah mengenai Bai'ah Talaq 3 YB Pas. Sebagai bekas pimpinan Pas, Zul masak sangat dengan isi dalaman politik Pas. Apa yang dia sebut itu banyak kebenaran nya.
Namun semangat bebas bersuara ini tidak direstui oleh Anwar. Anwar ini kan memang seorang diktator. Dia nak orang tunduk patuh dan ikut cakap dia sahaja. Ini lah cara Anwar walaupun dia hanya Ketua Umum, satu jawatan yang dilantik oleh Presiden, bini nya. Presiden pulak bagai puppet Anwar walaupun dia dipilih oleh sidang perwakilan.
Dalam ucapan Anwar di Perlis baru-baru ini, dia hentam YB Zul habis-habisan. Apa dosa Zul yer, yang sampai Anwar perlakukan sedemikian rupa. Sivarasa pulak sekadar kuda kayu Anwar dalam pimpinan Pkr.
Tindakan berani YB Zul mencabar Sivarasa meletakkan jawatan adalah langkah strategik. Sudah tentunya Sivarasa tak berani letak jawatan, kerana dia tahu, Zul lebih popular dalam Pkr kerana keberaniannya dan dia bukan puppet dalam kepimpinan Pkr.
No comments:
Post a Comment