Secara peribadi saya ingin sangat mengalu-alukan kesediaan s manikavasagam Ahli Parlimen Kapar yang dipetik dari laman GAP yang semakin bersemangat mahu keluar Pkr selepas Badrul Hisham Wakil Rakyat Pelabuhan berbuat demikian beberapa hari yang lalu. Dikalangan sahabat terdekat manikavasagam biasa disebut dengan panggilan "mike".
Mike bukan orang lain dalam kepimpinan MIC kalau dia mempertimbangkan untuk melangkah ke BN, beliau pernah menjadi orang kuat Pemuda MIC Pusat sebelum menganggotai Pkr sepuluh tahun yang lalu.
Namun saya rasa pilihan Mike tentunya parti Makkal Sakthi yang baru ditubuhkan. Mike adalah antara pengasas gerakan makkal sakthi sebelum ianya di daftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik.
Mike punyai hubungan yang rapat dengan bekas-bekas sahabat pimpinan Pkr. Mike pernah menjadi orang kepercayaan Sdr Ezam Mohd Nor. Ezam pernah melantik Mike sebagai Naib Ketua Pemuda Pkr beberapa tahun yang lalu.
Sikap Mike yang mudah mesra menjadikan dia seorang pemimpin yang mudah didekati oleh rakan dan lawan. Dia sentiasa bertukar pandangan dengan sahabat-sahabat yang terlebih dahulu meninggalkan Pkr.
Saya yakin Mike hanya menunggu "the right time" untuk benar-benar berbakti kepada rakyat Kapar. Pelbagai karenah Khalid Ibrahim sentiasa menghantui Mike sebagai Ahli Parlimen Pkr yang ingin berkhidmat kepada rakyat. Kesabaran Mike semakin nipis.
Perbincangan demi perbincangan dengan sahabat-sahabat lama nampaknya semakin membuka hati dan jiwa Mike yang semakin loya dengan perangai Khalid dan polemik peribadi Anwar. Masa Mike semakin dekat dan semakin rapat untuk berpatah arang dengan Pkr yang benar-benar meloyakan itu.
No comments:
Post a Comment