Wednesday, November 4

Nizar Edan : Tauliah untuk apa ?

Isunya bukan tauliah. Tauliah adalah perkara yang sangat subjektif. Masa BN memerintah dulu pun ustaz pas disekat dari dapat tauliah. Masa sekarang lagi teruk, semua ustaz Umno tak dapat tauliah bahkan ustaz yang independent pun tak dapat juga.

Pas selangor meletakkan bekas ketua dewan pemuda pas selangor sebagai orang yang jaga masjid dan jaga tauliah di Jais. Pengarah Jais cuma endos apa dan siapa yang di cadangkan.

Di kebanyakkan masjidk sekarang, ceramah agama dah jadi macam ceramah politik Pas. Nak dengar ceramah Pas tak perlu ke markas-markas mereka tetapi juga boleh dengar di masjid-masjid. Eloklah mengimarahkan masjid, tapi penceramah-penceramah ini bukan mengimarahkan masjid dengan kuliah agama tapi dengan ceramah politik yang selitkan campuran agama.

Duit masjid habis kerana membayar ceramah tok-tok ustaz Pas ini. Dulu masa Umno sekali ceramah di masjid dapatlah rm 50, tapi sekarang sekali ceramah dibayar rm 200. Maka ceramah pun tumbuh bagai cendawan, lepas subuh ceramah, lepas duha ceramah, sebelum jumaat ceramah, lepas asar ceramah, lepas maghrib ceramah.

Pas menggunakan duit masjid untuk biayai hidup tok-tok ustaznya dengan duit ceramah. Tak menghairankan ustaz-ustaz Pas sekarang sudah tukar kereta. Memang tak salah tukar kereta, yang salah adalah hidup menjual ilmu dan menjaja ajaran politik pas di masjid-masjid.

Kalau dah tak boleh ceramah di masjid sebab dihalang oleh Jais maka ustaz-ustaz umno dan independent ni pun ceramah lah di luar masjid iaitu di rumah-rumah orang. Salah ke ceramah di rumah orang? Adakah kita perlu tauliah kalau ceramah di rumah orang? Bukan kah tauliah itu untuk ceramah di masjid dan surau sahaja?

Jais akan selamanya menjadi institusi agama yang dipolitikkan oleh umno dan pas. Tetapi cara Pas mempolitikkan Jais jauh lebih hebat dan lebih bergaya sehingga ulama pun di hayak dihadapan khalayak semata-mata dia berbeda pendapat dan pendekatan.

2 comments:

C L J said...

Mereka yang layak bergelar ulamak dan enggan menyertai pas akan dilaga lagakan supaya dia tak boleh memainkan peranan berkesan. Begitu ke ? Malangnya ....

jiwakita said...

salam.....

adakah lebih besar tauliahan jabatan
dengan apa yg telah dianugerahkan kepada para
ilmuan oleh pusat pengajian luar negara,PHD yg dimiliki,pengalaman sebagai bekas mufti dan
sebagai ahli fatwa negeri....

atau ada agenda terancang utk memburukkan
istitusi islam,individu,pertubuhan dan agama
islam kerana semata-mata kegilaan politik
mutakhir ini?

jauhilah keadaan kebobrokkan ini.....