DAULAT TUANKU,
AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN
Patik memanjatkan penuh kesyukuran kehadrat Allah Yang Maha Esa pada hari ini 11hb Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1431H, merupakan hari keputeraan Tuanku DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ, TUANKU SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN.
Patik ingin merafak sembah dan menjunjung kasih berdoa semoga Tuanku dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesejahteraan, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Patik turut ingin mempersembahkan bahawa Tuanku merupakan sumber aspirasi seluruh rakyat Negeri Selangor. Titah dan nasihat Tuanku akan sentiasa dijunjung dan disanjung menjadi pedoman rakyat di negeri ini.
Semoga negeri yang dicintai ini senantiasa diberikan keamanan, kesejahteraan, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan mereka yang tidak bertanggungjawab.
Patik dan seluruh rakyat akan terus mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan sebagai sumber perpaduan dan kekuatan orang melayu khususnya dan rakyat Negeri Selangor amnya.
AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN, SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN,
DAULAT TUANKU.

No comments:
Post a Comment