Thursday, December 10

Skandal Datin dan Almenantunya dalam Pas

“I did not ask him to resign, I just give him the advise. It is up to him. It is not his mistake, neither is mine. It is the State Legal Adviser’s fault”, Nik Aziz was heard saying through Astro Awani tonight.

Rasanya kemelut dan musibah yang melanda krisis kepimpinan PAS sekarang ini adalah bala yang diturunkan Allah s.w.t ke atas ketidakikhlasan PAS memperjuangkan Islam. Barang diingat bahawa sesuatu musibah yang diturunkan Allah itu adalah disebabkan kemurkaanNya di atas keangkuhan, kelalaian dan dosa-dosa kita.

1. Mendoakan bala atau kehancuran ke atas saudara seagama.Alangkah manis, kiranya kita mendoakan kesejahteraan dan diberi nur hidayah ke atas saudara kita agar dianya kembali ke pangkal jalan. Seburuk-buruk saudara seagama kita dianya tetap saudara kita selagi dia tidak melakukan syirik atau menduakan tuhan. Sesungguhnya salah satu soalan di saat kematian kita kelak ialah ’siapakah saudara kamu’. Kiranya kita tidak dapat menjawab dengan sebaik mungkin, sedia maklumlah hukumannya di alam barzakh kelak.

Mendoakan kehancuran ke atas saudara kita menunjukkan bahawa jiwa kita masih diselubungi dengan perasaan hasad, dengki serta dendam yang merupakan jelmaan bisikan syaitan. Tidak sempurnalah iman seseorang itu kiranya dia masih mempunyai perasaan hasad, dengki dan dendam ke atas saudaranya.

2. Menggelarkan seseorang dengan gelaran ‘Kafir Quraisy’.Sebagai seorang Islam kita tidak boleh beriya-iya menggelar atau mengatakan seseorang itu kafir walaupun agama seseorang itu bukannya Islam. Manalah tahu di saat sebelum kematian hamba Allah itu, dia sempat mengucap dua kalimah syahadah. Maka berdosa besarlah kita ke atasnya. Apatah lagi mengkafirkan saudara seagama kita.

3. Pemimpin yang adil dan tegas. Salah satu kriteria seorang pemimpin yang adil dan tegas ialah: Apabila dia menegah atau melarang sesuatu ke atas orang lain maka perkara yang sama juga terlarang ke atas dirinya, ahli keluarganya, sanak saudaranya malah sahabat-sahabatnya.

Sebelum ini Nik Aziz amat menentang amalan nepotisme dan kronisme dalam pentadbiran UMNO/BN. Tidak dinafikan tentangan itu seharusnya dipuji. Tetapi apabila amalan yang sama terbongkar dalam sistem pentadbiran Nik Aziz; Nik Aziz pula pada mulanya cuba berdolak dalih dan mempertahankan kedudukan menantunya itu. Apabila makin dibongkar, didesak dan diberi tekanan barulah Nik Aziz mengalah. Itu pun Nik Aziz tidaklah seadil atau setegas mana pun.

Sepatutnya menantunya itu harus diberhentikan dengan segera tanpa memerlukan 3 bulan notis. Jika dibiar semakin lama ‘kudis’ tersebut ditakutkan nanti ianya akan ‘bernanah’. Maka akan timbul pula pelbagai fitnah dan banyak lagi perkara-perkara lain yang akan terbongkar. Kiranya Nik Aziz melaksanakan perkara tersebut, barulah Nik Aziz boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang tegas, adil lagi bijak. Bukannya bermegah dengan ‘ego’ sendiri yang asyik mengatakan diri sendiri yang betul dan orang lain yang salah.

Renung-renungkan lah…

sumber : http://kickdefella to-resign/

2 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, Allah telah menterbalikkan semua yang didoakan Nik Aziz kepada UMNO........ itulah kerana riak dan takbur mereka...

warisanksl said...

Aku nak tahu juga pasal aku duduk kat daerah tu...boleh aku sebarkan cukup-cukup....