Ramai yang menulis mengenai kemelut BTN. Cucu Tok Selampit menyelam jiwa BTN di zaman Tun M. Medan Info Kita mengajak menari sehati berdansa bersama pembangkang. Republikkini menulis Ronnie Liu buat tahlil BTN di makamkan.
Bagi saya mudah sahaja, kalau BTN tu pun tak boleh nak dipertahankan, jangan lah cakap nak pertahankan orang melayu.
Kita ada menteri kabinet, tetapi kadang-kadang cakap-cakap menteri kabinet kita wajar dibakul sampahkan. Itulah standard menteri kabinet kita yang seorang ini. Cuba kita tengok repot kad dia sebagai menteri kabinet, adakah penuh dengan rekod kecemerlangan atau penuh dengan dakwat merah !
Ramai nak dengar cakap pembangkang PR yang nak meruntuhkan tamaddun, perlembagaan, undang-undang, adat dan budaya dinegara ini. Bagi mereka memang itu kerja mereka "meruntuhkan" apa yang ada. Kemerdekaan pun mereka mahu runtuhkan. Kejayaan mereka adalah apabila mereka boleh dan dapat mengajak rakyat untuk sama meruntuhkan semuanya.
Jangan pulak kita pun terikut cakap dan telunjuk mereka. Maknanya kalau mereka suruh kita masuk longkang, kita pun turut sama nak terjun longkang.
Bina lah arus. Bukan dihanyutkan oleh arus pembangkang.Akhirnya benar juga kata-kata mereka gantikan sahaja Biro Tata Negara (BTN) dengan Biro Tata Komunis (BTK). Boleh kah pak Menteri ?
1 comment:
SLM BRO..KLU LA PAK MENTERI TU ORG TAK WARAS MESTI DIA BUAT BROO HEHEHE
Post a Comment