Tuesday, December 8

KJ dan style nya


Pertemuan KP-KP umno seluruh bahagian yang berlangsung minggu lalu di Janda Baik berjalan dengan lancar. Walaupun yang tidak hadir itu lebih ramai dari yang hadir, itu tidak boleh menjadi jarum penentu program pertama latihan pemuda Umno Malaysia itu.

Waktu cuti sekolah begini memang ramai yang cuti bersama keluarga, tak kurang juga KP-KP. Mereka juga mempunyai jadual ketat yang waktu cuti begini ini lah di gunakan untuk bersama keluarga dan anak-anak. Ada yang bercuti dalam negara dan tak kurang juga yang bercuti diluar negeri.

Namun yang menarik perhatian adalah segelintir KP yang melobi supaya KJ diangkat menjadi Menteri dalam rombakan kabinet yang akan datang. Rasa nya semua KP kena faham, PM kita tahu apa yang terbaik dan siapa yang terbaik untuk diangkat menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Maka jangan lobi-lobi lah. Lagi lobi lagi tak dapat. Parpu ada menukil panjang perkara ini.
Kemana hendak dibawa pemuda sekarang? Selepas berbelas bulan menjadi KP Umno Malaysia, rakyat masih keliru kepimpinan orang muda umno sekarang. Lenggok gaya KJ masih sukar difahami oleh generasi muda.

Tulisan saya terdahulu mengenai isu pemuda masih inginkan jawapan yang pasti dari pewaris pimpinan negara. Kemampuan dan kebolehan itu tak boleh dibuat-buat. Sayang lah parti dari pemimpin. Pemimpin itu datang dan pergi. Parti itu kekal menjadi platform jatuh bangun agama, bangsa dan negara.

3 comments:

Ms Pearl said...

WHAT???????????????? KJ jadi menteri?????????euewww!!!!! rasa macam nak muntah!

serioiusly I did not vote for BN on PRU 12 coz i hate that guy so much!

I'm sorry cant hide my honest comment

Galo said...

Ape yg nak di suara kn ialah kpd KJ, klu benar2 sayg kn parti, agama, bangsa & negara buatlh sesuatu, pcaya lh, NEGARA kita ini masih 'dikasihi' ALLAH krn itu hanya mrk yg jujur & ikhlas yg akan dpt 'perhatian' dr ALLAH. 'Bekerjalh' utk ALLAH krn ini NEGARA NYA & bkn bekerja utk diri sendiri. Berundur bkn bererti kita kalah & tunjukkn lh 'kasih sayg' kpd PARTI, bangsa, agama & negara. Semoga usaha anda diberkati.

Sangtawal Sakranta said...

salam,

Bila politik dijadikan landasan atau batu loncatan untuk mendapatkan segala kemewahan BUKAN untuk memperkasa dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara, maka tunggulah saat kebinasaannya!

wassalam!