Friday, January 29

Apa Rahsia Saiful ?

MAHKAMAH PERSEKUTUAN sebentar tadi tolak rayuan DS Anwar Ibrahim mahu dokumen2 penting kes liwatnya untuk perbicaraan yang patut mula 2 Februari ini. Ini merupakan keputusan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang semakin muak dengan gelagat Anwar sekarang.

Semalan pulak, peguam Anwar memfailkan satu lagi rayuan di Mahkamah Tinggi agar perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Feb depan di tangguhkan. Alasannya mahkamah Rayuan belum panggil bicara untuk kes rayuan terhadap keputusan mahkamah Tinggi
yang menolak permohonan Anwar untuk kesnya dibatalkan.

Begitulah ceritera Bangsawan yang takutkan bayang-bayangnya sendiri. Bangsawan yang takut menghadapi seorang anak muda yang pernah dia aniaya.

Tidak banyak yang diminta oleh anak muda ini. Dia minta cuma dia dibicarakan. Dia minta supaya dia diadili. Dia minta janganlah cakap orang Bangsawan sahaja yang didengar. Sedangkan cakap orang marhaen seperti anak muda ini langsung tidak di endahkan.

Adakah hari esok untuk golongan marhaen yang teraniaya di bumi Malaysia ini? Anak muda ini adalah lambang kerakusan Bangsawan yang tamak haloba, cuba menjadi raja dan tuhan kepada kelemahan marhaen.

Anak muda ini hanya bisa pasrah kepada Allah yang Maha Esa. Allah itu Maha Adil dan Maha Agung. KepadaNya juga tempat insan bergantung.

Memang benar kata pepatah, menjadi resam mentimun dengan durian - mengolek luka digolek pun luka. Adakah punya masa depan untuk mahkamah yang adil di Malaysia, apabila ia disalahgunakan oleh Bangsawan berkuasa, melakukan kezaliman kepada rakyat marhaen seperti anak muda Saiful ini ?

Saiful menyimpan seribu rahsia Bangsawan yang ingin menaiki takhta. Hanya dia sahaja yang tahu disebalik kehebatan Bangsawan berpidato hebat lagi dia bila sebilik bersama.

2 comments:

Anonymous said...

mungkin bontot belum pakai mcm nak try je.

di_seberang_tambak said...

salam

kesian sungguh saiful.
muda2 lagi sudah terima dugaan.
moga2 si pembuat angkara akan segera terima balasan Tuhan & semua manusia dapat saksikan keadilan terlaksana lalu ambil iktibar daripadanya.

erynn