Sunday, January 24

Khalid Derhaka

Salam takziah kepada Tengku Mahkota Johor, seluruh Kerabat Keluarga di Raja Johor, Kerajaan Negeri Johor dan Rakyat Negeri Johor diatas kemangkatan Sultan Johor.

Kemangkatan ini tentunya dirasai oleh seluruh rakyat negara ini khususnya orang Johor. Kesultanan Johor sangat berkait rapat dengan asal usul Kesultanan Melayu.

Setelah penjajah Portugis menakluk dan menzalimi Melaka pada tahun 1511, empayar kesultanan Melayu Melaka berkembang di Johor. Dari Johor ia berkembang ke Pahang dan lain-lain negeri dinegara ini.

Hampir ke semua Raja dan Sultan di negara ini serta kaum keramat mereka hadir pada majlis pemakaman tersebut, bersama menteri besar mereka. PM dan TPM turut hadir.

RTM semalam turut menyiarkan secara langsung upacara pemakaman jenazah itu. Rakyat seluruh negara dapat melihat dari dekat upacara itu.

Namun adalah amat malang apabila kelibat Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor langsung tidak kelihatan semalam. DYMM Sultan Selangor hadir tanpa diiringi oleh MB atau wakilnya. Kurang ajar MB ini.

Khalid langsung tak ambil peduli. Dia langsung tak kisah dengan berita kemangkatan. Dia terus berpolitk dan berpolitik.

Nampaknya MB Selangor lebih menghargai kematian TBH. Dia lebih meratapi kematian PA Exco Dap itu. Dia melawat tempat TBH dijumpai.

Dia melawat mayat TBH. Dia bagi puluhan ribu duit rakyat kepada keluarga TBH. Malah anak TBH yang tarafnya tak sah taraf pun dia ambil peduli.

Perangai 2 Khalid di Selangor adalah manefestasi politik baru Perosak Rakyat (PR) yang anti institusi Melayu dan Islam. Sehingga Raja Melayu mangkat pun dia tak peduli apa. Mereka lupa sumbangan besar Raja-raja Melayu yang menjadikan negara ini aman, makmur dan harmoni.

Jangan lupa Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan adalah dua ciri utama negara Malaysia merdeka.

1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Sebenarnya ramai MB dan Menteri Kabinet yang tidak berkesempatan hadir kerana peruntukkan masa yang terhad untuk pembesar menziarahi jenazah.

Apakah kelibat Musa Hitam ada di sana?