Saya kata penerangan perlu guna 4M: media maya MM..medium bersemuka MB, media elektronik ME, media cetak MC..
tapi jika nak lihat 1 isu baca 1000 blog ada 1000 pandangan..khuatir pembaca akan terkeliru..secara seloroh saya kata maksudnya jika terlalu banyak baca blog (tak buat kerja lain) khuatir jadi "goblok"..
oleh itu saya kata baca blog terpilih spt blog PM atau blog Tun M..sambil seloroh..tak kan tak boleh nak gurau..
kaedah ceramah utk tarik perhatian yg mengantuk..juga nak popularkan blog2 yg baik dan jgn terpengaruh dgn blog pembangkang..yg dikhuatiri jadi "goblok" bukan bloggers, tetapi pembaca blog yg tak dapat menyaring kebenaran dlm peperangan siber alam digital yg dipenuhi fatamorgana & kenyataan..
contoh jelas ialah komen2 ttg ucapan saya itu..bercampur fantasi & realiti..salam siber sahabat seperjuangan." Petikan dari blog www.ahmadmaslan.blogspot.com
Ahmad Maslan adalah gen X yang berada dalam kabinet Ds Najib yang dikuasai oleh gen baby boomers. Gen X dan Y meletakkan harapan yang tinggi kepada Ahmad untuk membawa obor idealisme perjuangan dalam kelompok 'the boomers and the baby boomers'.
Sepanjang hampir satu tahun Ahmad memegang jawatan ketua penerangan umno malaysia, beliau banyak melakukan pembaharuan. Dia lebih aggresif berbanding mereka yang lain sebelum ini. Pun begitu, ini masih belum cukup kalau nak dibandingkan agresifnya jentera penerangan Pkr, Pas dan Dap.
Namun untuk mengharapkan beliau sahaja untuk bekerja keras dalam parti gergasi ini, itu adalah tidak cukup. Pemimpin Umno kena bekerja dalam satu pasukan, semua kena 'deliver' bukan membodek, semua kena bekerja 24 jam dalam sehari untuk pastikan Umno terus kekal di hati rakyat.
Memang tak mudah menjadi pemimpin Umno sekarang, kecuali untuk mereka yang benar-benar mahu berkhidmat untuk rakyat. Zaman bodek membodek, bodoh sombong dan feudal bangsawan sudah menjadi fe-el semalam. Pemimpin yang berani, berkaliber, bijaksana dan berwawasan dirindui oleh rakyat akar tunjang.
Teruskan lah Ahmad. Penerangan kena terus menyalak dipelbagai peringkat - pusat, negeri, bahagian dan cawangan. Menyalak lah di media cetak, media elektronik dan media maya. Menyalaklah dengan gagah berani. Menyalak lah untuk terus mengegar.
Terima kasih Ahmad kerana memasyhurkan kalimah jawa!
No comments:
Post a Comment